mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisis Kutipan Zakat Pendapatan di Negeri Kedah bagi Tahun 2012 hingga 2018

Abd Muin, Mohd Adib and Shuib, Mohd Sollehudin and Che Omar, Azizah and Abd Ghani, Amirul Haqeem and Abdullah, Shuhairimi (2019) Analisis Kutipan Zakat Pendapatan di Negeri Kedah bagi Tahun 2012 hingga 2018. Journal of Human Development and Communication (JoHDEC), 8 (12). pp. 117-122. ISSN 2289-2702

[thumbnail of JoHDeC 08 12 2019 117-122.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (586kB) | Preview

Abstract

Zakat merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan dalam Islam, malah ia menjadi sumber kepada ekonomi Islam dalam meningkatkan kedudukan ekonomi, nilai sosial dan keadilan kepada masyarakat untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. Zakat diagihkan kepada lapan golongan asnaf (fakir, miskin, amil, mualaf, arriqab, algharimin, fisabilillah dan ibn sabil). Kertas kerja ini membincangkan analisis umum terhadap jumlah kutipan zakat pendapatan di negeri Kedah bagi tahun 2012 hingga 2018. Berdasarkan analisis kajian terhadap laporan tahunan dan maklumat dari Pejabat Transformasi Zakat Kedah menunjukkan bahawa berlaku peningkatan sebanyak RM50 juta dengan kadar 83 peratus dalam tempoh tujuh tahun. Hal ini berkemungkinan akan terus meningkat hingga mencecah kepada angka RM200 juta pada tahun 2025. Dalam usaha mengembangkan zakat pendapatan di negeri Kedah, pihak LZNK perlu meneruskan kecemerlangan ini dengan memastikan kesedaran dan kepentingan melalui urus tadbir yang baik agar matlamat selari dengan visi yang telah ditetapkan

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Analisis, Kutipan, Zakat Pendapatan, Negeri Kedah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Business
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 17 Aug 2025 09:30
Last Modified: 17 Aug 2025 09:30
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32399

Actions (login required)

View Item View Item