Abd Muin, Mohd Adib and Shuib, Mohd Sollehudin and Che Omar, Azizah and Abdullah, Shuhairimi (2019) Kerangka Islam dan Sifat-sifat Terpuji (Mahmudah) Sebagai Asas dalam Keusahawanan Sosial Islam: Satu Penghayatan bagi Usahawan Sosial. Journal of Human Development and Communication (JoHDEC), 8 (14). pp. 139-152. ISSN 2289-2702
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (740kB) | Preview |
Abstract
Islam adalah satu agama yang lengkap (syumul) dan menjadi panduan kepada seluruh manusia. Kerangka Islam yang terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak telah menjadi asas kepada manusia dalam setiap perkara. Untuk melaksanakan keusahawanan sosial Islam secara holistik, usahawan sosial perlu menerapkan kerangka asas Islam (akidah, syariah dan akhlak) dalam diri serta mempunyai sifat-sifat terpuji (mahmudah) agar matlamat sosial yang ingin dicapai selari dengan kehendak syarak serta mampu memberikan sumbangan dan penglibatan kepada masayarakat secara maksimum. Kertas kerja ini adalah bertujuan menghuraikan kerangka Islam sebagai asas dan panduan yang jelas kepada usahawan untuk melakukan aktiviti keusahawanan sosial, malah ditambah dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah analisis kandungan berdasarkan kajian-kajian lepas serta merujuk alQuran dan Sunnah. Diharapkan apabila kerangka asas Islam (akidah, syariah dan akhlak) diikuti dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dihuraikan, maka ia mampu mencapai matlamat keusahawanan sosial Islam dan seterusnya dapat meningkatkan syiar Islam
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kerangka Islam, Keusahawanan Sosial Islam (KSI), Penghayatan, Usahawan Sosial |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
| Divisions: | College of Business |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 18 Aug 2025 10:35 |
| Last Modified: | 18 Aug 2025 10:35 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32400 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
