mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembiayaan Perumahan Secara Islam di Malaysia: Analisis Kelebihan Produk Berasaskan Musharakah Mutanaqisah di Kuwait Finance House Malaysia Berhad (KFHMB)

Shuib, Mohd Sollehudin and Sulaiman @ Mohamad, Ahmad Azam and Mohamad, Mohamad Taqiuddin (2011) Pembiayaan Perumahan Secara Islam di Malaysia: Analisis Kelebihan Produk Berasaskan Musharakah Mutanaqisah di Kuwait Finance House Malaysia Berhad (KFHMB). Jurnal Teknologi, 55 (1). pp. 107-119. ISSN 0127-9696

[thumbnail of IJET 55 01 2011 107-119.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Download (178kB) | Preview

Abstract

Produk Pembiayaan Secara Islam telah mula berkembang pesat dalam arus industri perbankan dan kewangan pada masa ini. Keadaan ini antaranya boleh dilihat melalui pertambahan aset perbankan Islam saban tahun di samping penyertaan lebih banyak institusi yang menawarkan produk secara Islam. Produk pembiayaan perumahan Islam contohnya menampilkan pengaplikasian konsep syariah seperti Murabahah, Bay ‘Bithaman Ajil (BBA), BBA komoditi, Ijarah Thumma Bay‘, Istisna’ dan Musharakah Mutanaqisah (MM). BBA paling banyak digunakan dalam menawarkan produk pembiayaan perumahan secara Islam sementara penggunaan konsep lain seperti MM masih lagi dianggap baru. MM adalah kontrak hibrid berasaskan perkongsian dan diakhiri dengan pemilikan tunggal. Konsep ini mula diaplikasi dalam amalan perbankan di Malaysia selepas tahun 2000. Konsep berasaskan ekuiti adalah sangat digalakkan penggunaanya dalam muamalat Islam berbanding konsep berasaskan hutang seperti BBA. Justeru kajian ini akan menganalisis kelebihan yang terdapat dalam produk berasaskan konsep MM dengan tumpuan kepada produk pembiayaan perumahan yang ditawarkan Kuwait Finance House Malaysia Berhad (KFHMB)

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Produk pembiayaan perumahan Islam, Musharakah Mutanaqisah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Business
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 18 Aug 2025 12:12
Last Modified: 18 Aug 2025 12:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32408

Actions (login required)

View Item View Item