mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesan Pengantara Latihan Terhadap Hubungan antara Bantuan Zakat, Simpanan, Motivasi, Jaringan Dengan Tahap Prestasi Perniagaan Usahawan Asnaf dalam Program Bantuan Jayadiri

Hashim, Norashidah and Othman, Azizah and Mohamad, Armanurah and Hussain, Muhammad Nasri (2023) Kesan Pengantara Latihan Terhadap Hubungan antara Bantuan Zakat, Simpanan, Motivasi, Jaringan Dengan Tahap Prestasi Perniagaan Usahawan Asnaf dalam Program Bantuan Jayadiri. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 5 (2). pp. 106-113. ISSN 2682-7530

[thumbnail of IJZIP 05 02 2023 106-113.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Download (184kB) | Preview

Abstract

Kajian ini meninjau kehidupan usahawan asnaf di negeri Kedah yang menerima bantuan zakat dalam program Bantuan Jayadiri. Kertas ini membincangkan kesan pengantara latihan terhadap hubungan antara bantuan zakat, simpanan, motivasi, jaringan dengan tahap prestasi perniagaan usahawan asnaf. Soal selidik mengandungi 60 item diedarkan kepada 49 orang usahawan asnaf menggunakan persampelan bertujuan. Analisis menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modelling digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara bantuan zakat, simpanan, motivasi dan jaringan dengan latihan. Manakala tiada hubungan yang signifikan antara latihan dan prestasi perniagaan. Oleh yang demikian, tiada kesan pengantara latihan terhadap hubungan antara faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan dengan prestasi perniagaan usahawan asnaf di Kedah. Hal ini menunjukkan bahawa latihan tidak memberikan kesan terhadap kepada prestasi perniagaan mungkin disebabkan kebanyakan usahawan ini tidak menerima latihan yang berkesan. Adalah dicadangkan usahawan asnaf diberikan latihan yang berstruktur untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Latihan, Bantuan Zakat, Simpanan, Motivasi, Jaringan, Prestasi Perniagaan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 01 Oct 2025 08:36
Last Modified: 01 Oct 2025 08:36
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32447

Actions (login required)

View Item View Item