Othman, Azizah and Mustaffa, Mohd Adil (2023) Kerjasama Strategik Wakalah Zakat antara Lembaga Zakat Negeri Kedah, Universiti Utara Malaysia dan Etiqa Takaful untuk Mencapai SDGs 2030. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 5 (2). pp. 161-166. ISSN 2682-7530
Preview |
PDF
- Published Version
Download (169kB) | Preview |
Abstract
Peranan zakat sangat penting dalam membangunkan ekonomi, politik dan sosial masyarakat Islam. Agihan zakat perlu dilaksanakan dengan efektif dan efisien kerana ia dapat membangunkan sosioekonomi secara keseluruhan. Salah satu bidang utama yang ditekankan oleh kerajaan ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan menjelang tahun 2030 termasuk memberi pendidikan yang berkualiti dalam kalangan masyarakat. Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau usaha Lembaga Zakat Negeri Kedah, Universiti Utara Malaysia dan Etiqa Takaful yang berkolaborasi untuk membantu pelajar-pelajar yang miskin untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pascasiswazah. Kolaborasi di antara Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan Universiti Utara Malaysia bermula pada tahun 2018 dengan penubuhan Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ). Pelajar-pelajar yang layak akan dipilih melalui sesi temuduga dan mereka akan dibiayai kos pengajian dan sara hidup melalui konsep wakalah wang zakat yang dibayar oleh pihak Etiqa Takaful kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian dokumentasi yang merujuk kepada data-data yang diambil dari pihak yang terlibat. Hasil kajian ini telah memberikan satu pendekatan baharu terhadap agihan zakat melalui sistem wakalah dan memberi peluang kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Ia boleh dijadikan satu model kepada semua pihak yang ingin menyumbang dana zakat dalam memperkasakan lagi pendidikan anak-anak asnaf
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kerjasama strategik, Wakalah, Zakat, Etiqa Takaful,SDGs |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 02 Oct 2025 10:15 |
| Last Modified: | 02 Oct 2025 10:15 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32448 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
