Ku Halim, Ku Hanani and Othman, Azizah and Md Yusof, Syarifah (2023) Tadbir Urus Wakaf di Institusi Masjid: Kajian di Masjid Al-Taqwa, Pulau Pinang. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 5 (1). pp. 53-61. ISSN 2682-7530
Preview |
PDF
- Published Version
Download (128kB) | Preview |
Abstract
Wakaf merupakan satu pensyariatan yang bermatlamat untuk membantu masyarakat dan orang awam menikmati kemudahan perubatan, pendidikan, perumahan dan ekonomi. Di Malaysia, pihak yang bertanggungjawab dalam urusan tadbir urus harta wakaf diletakkan di bawah institusi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang terdapat di setiap negeri. Selain itu, institusi masjid juga dilihat turut memainkan peranan dalam mengembangkan pembangunan harta wakaf. Namun sejauh manakah pengurusan institusi masjid dapat membantu mengembangkan pembangunan harta wakaf? Kajian ini secara khusus adalah untuk mengenal pasti tadbir urus pengurusan wakaf di salah sebuah masjid yang terletak di Pulau Pinang iaitu Masjid At-Taqwa, Bertam. Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu mengguna pakai maklumat daripada temu bual sebagai sumber primer dan dokumen- dokumen relevan sebagai sumber sekunder. Secara keseluruhan, kajian mendapati bahawa masjid memainkan peranan penting dalam pembangunan ummah yang tidak hanya tertumpu sebagai pusat beribadah semata-mata namun dapat menjadi one centre station bagi pelbagai kemudahan umat Islam. Antara aktiviti yang dijalankan oleh Masjid At-Taqwa ialah pertanian di tanah wakaf masjid, Bazar Wakaf Rakyat (BWR), Warung Kotaqwa dan lain-lain. Diharapkan kajian ini mampu memberikan gambaran terhadap bentuk tadbir urus wakaf yang dilaksanakan oleh institusi masjid dalam membantu mengembangkan pembangunan harta wakaf
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | adbir Urus, Pengurusan Wakaf, Masjid, Ekonomi |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 02 Oct 2025 14:19 |
| Last Modified: | 02 Oct 2025 14:19 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32450 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
