mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Transformasi pengurusan agihan zakat: Kajian di Lembaga Zakat Negeri Kedah

Md Yusof, Syarifah and Othman, Azizah and Mhd Khotib, Nor Aina and Md Hussain, Muhammad Nasri (2023) Transformasi pengurusan agihan zakat: Kajian di Lembaga Zakat Negeri Kedah. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 5 (1). pp. 23-30. ISSN 2682-7530

[thumbnail of IJZIP 05 01 2023 23-30.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Download (275kB) | Preview

Abstract

Persepsi negatif terhadap zakat sering kali dikaitkan dengan pengagihan zakat yang tidak adil, tidak telus, lambat, dan pelbagai lagi sehingga terdapat segelintir masyarakat Islam yang hilang kepercayaan kepada institusi zakat. Hal ini seterusnya menyebabkan mereka beralih kepada membayar zakat secara terus kepada asnaf yang dicari sendiri kerana menafikan keberkesanan agihan zakat oleh institusi zakat. Zakat Kedah atau Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah melakukan transformasi besar-besaran pengurusan zakat bagi menambah baik pengurusan institusi zakat demi keadilan para asnaf dan institusi Islam di pandang tinggi oleh masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti transformasi yang dilakukan oleh Zakat Kedah dalam pengurusan agihan zakat. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah temu bual untuk mengutip data. Empat aspek utama transformasi yang dilakukan dalam pengurusan agihan adalah urus tadbir agihan, promosi agihan, proses permohonan agihan dan kaedah agihan zakat. Implikasi daripada kajian ini, institusi zakat yang lain boleh mencontohi inovasi yang dilakukan oleh Zakat Kedah dalam mengurus agihan zakat. Kajian akan datang boleh mengkaji kesan transformasi pengurusan zakat kepada kualiti hidup asnaf di Kedah serta kepuasan hati pembayar zakat kepada institusi zakat

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Transformasi Zakat, Agihan Zakat, Lembaga Zakat Negeri Kedah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 02 Oct 2025 14:33
Last Modified: 02 Oct 2025 14:34
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32451

Actions (login required)

View Item View Item