Makhsin, Mardzelah and Othman, Azizah and Ilias, Mohamad Fadhli (2021) Zakat dan Amalan Pemakaian Emas Perhiasan Wanita di Negeri Kedah. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 3 (2). pp. 130-143. ISSN 2682-7530
Preview |
PDF
- Published Version
Download (506kB) | Preview |
Abstract
Emas adalah salah satu harta yang wajib dibayar zakat. Zakat emas perhiasan di Malaysia ditetapkan berdasarkan fatwa negeri-negeri dan tidak seragam antara satu negeri dengan negeri yang lain. Ini kerana kadar nisab emas perhiasan tidak dinyatakan di dalam al�Quran dan al-Hadith. Pemakaian emas perhiasan sewajarnya pada kadar pemakaian yang tidak berlebihan dan merujuk kepada kadar yang menjadi kebiasaan masyarakat setempat. Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia menggunakan kaedah ‘urf sebagai asas dalam penetapan kadar pemakaian emas. Setiap negeri telah membuat penetapan kadar zakat emas perhiasan dan kajian mendapati terdapat perbezaan jumlahnya. Keadaan ini disebabkan setiap negeri mempunyai kaedah tertentu yang digunakan sebagai panduan bagi menentukan kadar nisab atau ‘urf bagi penetapan zakat emas perhiasan. Negeri Kedah telah menetapkan kadar 'urf zakat emas perhiasan adalah 170gram. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kewajaran 'urf perlu dikekalkan oleh dinaikkan berdasarkan kajian tinjauan pemakaian emas dalam kalangan wanita di di daerah-daerah negeri Kedah yang terdiri daripada daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Baling, Kulim, Kuala Muda, Yan, Langkawi dan Bandar Baharu. Dapatan kajian menunjukkan seramai 49.7% wanita memiliki 1-30gram emas perhiasan. Ini bermakna kadar uruf 170gram pada masa sekarang telah memadai berdasarkan amalan kebiasaan pemakaian emas wanita di Kedah
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Zakat, Emas, Perhiasan, Nisab, ‘Urf. |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 06 Oct 2025 14:44 |
| Last Modified: | 06 Oct 2025 14:44 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32460 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
