mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan Model Pusat Sehenti Pengurusan Harta Pusaka dengan Aplikasi Sistem Digital: Dapatan Awal Kajian

Maamor, Selamah and Mohd Asri, Mohammad Hazim Firdaus and Shakrani, Mohd Saharudin and Hashim, Suraiya and Abd Wahab, Norazlina and Zainol, Zairy (2023) Pembangunan Model Pusat Sehenti Pengurusan Harta Pusaka dengan Aplikasi Sistem Digital: Dapatan Awal Kajian. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 5 (2). pp. 139-150. ISSN 2682-7530

[thumbnail of IJZIP 05 02 2023 139-150.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (261kB) | Request a copy

Abstract

Harta beku orang Islam telah mencecah RM60 billion pada tahun 2016 kerana harta pusaka si mati tidak diselesaikan, dan jumlah tersebut dijangka meningkat sehingga ia merugikan umat Islam sendiri dan menyebabkan ketidakadilan serta kesan sosio-ekonomi yang lebih buruk. Antara punca permasalahan ini kekurangan maklumat dan prosedur yang betul bagi menyelesaikan masalah urus pusaka, prosedur yang rumit sehingga memerlukan pakar untuk membantu, dan urusannya memerlukan kos yang tinggi. Ini membimbangkan kerana jalan penyelesaiannya telah digariskan dalam Al-Quran, namun pentadbiran dan pengurusan yang kurang cekap telah merumitkan keadaan, sekali gus mencerminkan kelemahan pentadbiran institusi Islam. Kesedaran untuk menyelesaikan pusaka semakin meningkat apabila masyarakat mulai sedar akan kepentingan menyelesaikan pusaka dengan segera, dan mereka cuba selesaikan, justeru negara perlu kepada satu sistem yang baharu bagi penyelesaian pusaka yang efektif menerusi aplikasi teknologi digital selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Maka kajian ini bertujuan untuk merangka satu ekosistem baharu pengurusan penyelesaian pusaka yang efektif bagi Muslim dengan aplikasi teknologi terkini. Kajian ini menggunakan pendekatan temubual secara bersemuka dengan pihak yang terlibat dalam pengurusan penyelesaian pusaka dan semua maklumat dianalisa menggunakan analisa kandungan berasaskan tema. Kertas kerja ini membentangkan hasil dapatan awal kajian bagi pembentukan model pusat sehenti sistem pengurusan harta pusaka dengan aplikasi digital. Kajian ini dijangka dapat menghasilkan satu sistem baharu yang mempunyai pengurusan penyelesaian pusaka yang efektif, mudah dan kurang kos dengan aplikasi teknologi terkini yang mesra pengguna. Dengan sistem ini, ianya dapat mempercepatkan proses pengurusan penyelesaian pusaka, dan seterusnya mengurangkan masalah harta beku umat Islam di Malaysia

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pusat Sehenti, Pengurusan Harta Pusaka, Aplikasi Teknologi, Digitalisasi, Analisa Kandungan Berasaskan Tem
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 08 Oct 2025 11:11
Last Modified: 08 Oct 2025 11:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32484

Actions (login required)

View Item View Item