Nomoto, Hiroki and Moeljadi, David and Abdul Razak, Farhan Athirah (2024) Masalah Teknologi dan Isu Sosial Berkaitan Penggunaan Chatgpt dalam Bahasa Melayu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 3 (1). pp. 1-22. ISSN 2976-3126
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (964kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini menganalisis masalah yang dihadapi oleh ChatGPT apabila seseorang menggunakannya dalam bahasa yang serupa, dengan menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai contoh, yakni: ChatGPT sering menjana respons kepada prom bahasa Melayu (bahasa yang memiliki bilangan penutur yang sedikit) dalam bahasa Indonesia (bahasa yang mempunyai jumlah penutur yang lebih ramai). Pemerhatian terhadap keupayaan identifikasi bahasa (LangID) ChatGPT dibuat untuk mengenal pasti punca timbulnya masalah pemilihan bahasa tersebut, sama ada diakibatkan oleh ralat LangID ataupun sebab selainnya. Hasil pemerhatian mendapati ralat LangID tidak dapat menjelaskan keparahan masalah tersebut. Berdasarkan perbandingan pola respons kepada prom bahasa Melayu dan prom bahasa Jawa, kajian ini menyimpulkan bahawa sebab utama berlaku masalah tersebut adalah kerana ChatGPT tidak menganggap bahasa Melayu dan bahasa Indonesia secara sama rata sebagai bahasa yang berlainan. ChatGPT sebaliknya menganggap bahasa Melayu adalah ragam tidak standard kepada bahasa Indonesia. Selain itu, kajian ini juga membincangkan isu sosial yang ditimbulkan oleh masalah pemilihan bahasa dan cara penyelesaian yang wajar dipertimbangkan bagi mengatasinya
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | ChatGPT, bahasa Melayu, bahasa Indonesia, bahasa dan teknologi, pemprosesan bahasa tabii |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
| Divisions: | School of Education & Modern Languages |
| Depositing User: | Mdm. Rozana Zakaria |
| Date Deposited: | 04 Nov 2025 09:49 |
| Last Modified: | 04 Nov 2025 09:49 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32550 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
