mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengajaran Bahasa Melayu menggunakan Papan Putih Interaktif: Penerimaan Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Hulu Langat

Ruslan, Fatin Nur Farhana and Mahamod, Zamri (2024) Pengajaran Bahasa Melayu menggunakan Papan Putih Interaktif: Penerimaan Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Hulu Langat. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 3 (1). pp. 23-45. ISSN 2976-3126

[thumbnail of RENTAS JBSB 03 01 2024 23-45.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (855kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran bahasa Melayu berpandukan Teori Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT). Kajian ini turut mengkaji hubungan antara tahap penerimaan papan putih interaktif berdasarkan pengalaman mengajar. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 185 orang guru bahasa Melayu di SJKC sekitar daerah Hulu Langat menggunakan jenis pensampelan bertujuan. Enam belas buah sekolah SJKC dipilih sebagai lokasi kajian kerana terdapat kemudahan papan putih interaktif di setiap bilik darjah. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan berada dalam julat antara 0.712 hingga 0.846. Data kajian dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS versi 28.0. Analisis deskriptif min dan sisihan piawai, manakala analisis inferensi menggunakan Korelasi Pearson. Tahap penerimaan papan putih interaktif mencatatkan nilai min yang tinggi mengikut empat konstruk UTAUT. Hubungan tahap penerimaan dengan pengalaman mengajar mencatatkan nilai korelasi yang signifikan p <0.05 berbentuk hubungan yang negatif iaitu semakin meningkat pengalaman mengajar semakin berkurang tahap penerimaan papan putih interaktif. Implikasi kajian mencadangkan sekolah yang mempunyai kemudahan papan putih interaktif diberikan panduan dan latihan yang terancang untuk meningkatkan tahap penerimaan papan putih interaktif khususnya dari segi bahan pengajaran dan aplikasi yang sesuai dan berkesan bagi mata pelajaran bahasa Melayu

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Papan putih interaktif, penerimaan, Teori UTAUT, pengalaman mengajar, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mdm. Rozana Zakaria
Date Deposited: 04 Nov 2025 09:52
Last Modified: 04 Nov 2025 09:52
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32551

Actions (login required)

View Item View Item