Cowell, Dustin Carrell (2024) Penyerlahan Fitur Stilistik dalam Teknik Naratif Hikayat Gul Bakawali. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 3 (1). pp. 47-69. ISSN 2976-3126
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (1MB) | Preview |
Abstract
Makalah ini menjelaskan ciri-ciri stilistik yang terkandung dalam Hikayat Gul Bakawali, sebuah kisah cinta kuno yang berasal dari India dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu Klasik pada tahun 1875 dari prosa Urdu yang disusun oleh Nihal Chand Lahori bertajuk “Mazhab-e ‘Ishq, urf Gul-e Bakawali” (Agama Cinta, atau Bunga Bakawali), yang diterbitkan di Calcutta pada tahun 1804. Walaupun kisah asal berakar dari perspektif Hindu, penerbitan versi Urdu tahun 1804 telah diubah suai dalam kerangka Islam. Kajian ini memfokuskan karya terjemahan Melayu pertama yang diketahui oleh Munsyi Syaikh Muhammad Ali bin Ghulam Husain al-Hindi, seorang sarjana sastera keturunan India yang menguasai sastera Melayu Klasik dengan baik dan menterjemahkan beberapa teks agama dan linguistik secara langsung dari bahasa Arab di salah sebuah pusat kebudayaan di Semenanjung Melayu. Perbincangan yang dikemukakan melibatkan terjemahan dan analisis petikan secara berurutan dengan menekankan aspek tema atau strategi retorik. Tumpuan perbandingan secara binari turut ditekankan pada pelbagai peringkat, dari deskripsi watak, hingga ke peringkat semantik dalam data kajian. Antara yang paling menonjol ialah perkembangan watak adiwira hikayat, seorang putera manusia yang jatuh cinta dengan Puteri Bidadari Puteri Bakawali. Antara lainnya, penggunaan bahasa sang adiwira semasa memerihalkan dirinya dinilai bertujuan untuk menarik empati dan bantuan daripada pendengar. Turut diamati ialah aspek pemerian teknik naratif mengenai keberanian dan ketekunannya sebagai seorang kekasih yang setia dan tidak pernah berputus asa dalam perjalanan hidup
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Hikayat Gul Bakawali, Nihal Chand, Munsyi Syaikh Muhammad Ali, teknik naratif, stilistik |
| Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) |
| Divisions: | School of Education & Modern Languages |
| Depositing User: | Mdm. Rozana Zakaria |
| Date Deposited: | 04 Nov 2025 10:07 |
| Last Modified: | 04 Nov 2025 10:07 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32552 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
