mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Akal Budi dalam Sempama Jaku Iban (Peribahasa) Berimejkan Mamalia berdasarkan Perspektif Semantik Inkuistif

Douglas, Rynna Sha’erra Mindew and Subet, Mary Fatimah and Daud, Muhammad Zaid (2024) Akal Budi dalam Sempama Jaku Iban (Peribahasa) Berimejkan Mamalia berdasarkan Perspektif Semantik Inkuistif. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 3 (1). pp. 95-117. ISSN 2976-3126

[thumbnail of RENTAS JBSB 03 01 2024 95-117.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (1MB) | Preview

Abstract

Peribahasa telah digunakan oleh masyarakat Iban untuk menyampaikan nilai-nilai (positif dan negatif), ajaran (nasihat dan petunjuk), kearifan tempatan, dan pengalaman hidup. Masyarakat Iban juga menggunakan imej perlambangan di sekitar mereka untuk menonjolkan hubungan antara sikap manusia atau situasi kehidupan. Contohnya, imej perlambangan haiwan (mamalia). Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis peribahasa Iban yang menggunakan imej perlambangan haiwan (mamalia) berpandukan pendekatan semantik inkuisitif (Nor Hashimah Jalaluddin, 2014). Data kajian pula diperoleh daripada Bup Sempama Iban yang ditulis oleh Casper Kayong Umping (2011). Hasil kajian mendapati bahawa, penciptaan peribahasa yang melibatkan imej perlambangan (mamalia) dalam masyarakat Iban terbahagi kepada dua, iaitu: (1) hidupan lautan, seperti ‘ikan iyu’, serta (2) hidupan daratan, seperti ‘mayau’, ‘tupai’, ‘ukui’, ‘jugam’, ‘kera’, ‘kijang’, dan ‘empeliau’. Rumusannya, keterlibatan imej perlambangan (mamalia) dalam peribahasa dapat mencerminkan pandangan masyarakat Iban terhadap alam dan haiwan sebagai sumber inspirasi. Masyarakat Iban juga memberikan penekanan pada nilai-nilai seperti kejujuran, ketelitian, disiplin, dan tindakan nyata dalam usaha mencapai tujuan hidup melalui penciptaan peribahasa berimejkan mamalia

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Masyarakat Iban, akal budi, peribahasa, mamalia, makna, semantik inkuisitif
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mdm. Rozana Zakaria
Date Deposited: 05 Nov 2025 12:14
Last Modified: 05 Nov 2025 12:15
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32559

Actions (login required)

View Item View Item