Nik Abdullah, Nik Safiah and Maamor, Selamah and Abd. Wahab, Norazlina (2017) Penyertaan Belia dalam Program Pembangunan Kerohanian di Malaysia. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1 (1). pp. 214-223. ISSN 2462-1714
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (470kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana penyertaan belia dalam program pembangunan kerohanian yang dijalankan di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada seramai 4,703 orang golongan belia yang berusia di antara 15 hingga 40 tahun daripada pelbagai bangsa, agama dan latar belakang di seluruh Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan kaedah persampelan rawak berstrata. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif, ujian-t dan ujian analisis varians (ANOVA). Hasil dapatan kajian menunjukkan penyertaan belia Malaysia dalam program pembangunan kerohanian berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min = 7.70 daripada 10. Tahap penyertaan belia juga didapati berbeza mengikut kategori jantina, etnik, agama, kategori sekolah rendah dan menengah, kelayakan akademik tertinggi dan status dalam program pembangunan kerohanian. Namun, tahap penyertaan belia ini masih mempunyai ruang untuk ditingkatkan. Ini kerana program pembangunan kerohanian sepatutnya disertai oleh lebih ramai belia Malaysia kerana program ini disasarkan khusus kepada belia. Pihak penganjur program perlu melaksanakan program-program yang lebih mesra belia dan sesuai dengan generasi Y untuk menarik minat mereka
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Tahap penyertaan, program pembangunan kerohanian, belia Malaysia |
| Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 18 Nov 2025 06:37 |
| Last Modified: | 18 Nov 2025 06:37 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32572 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
