Abd Ghani, Abdullah and Maamor, Selamah and Aziz, Ahmad Bashir and Ahmad Razimi, Mohd Shahril and Abd Wahab, Norazlina and Nik Abdullah, Nik Safiah (2017) Kaedah Rawatan Penagih Tegar Dadah Melalui Pendekatan Kerohanian: Kajian Kes di Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia [Pri1M], Kedah. Journal of Advanced Research in Business and Management Studies, 7 (1). pp. 39-50. ISSN 2462-1935
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution-NonCommercial 4.0 Generic (CC BY-NC 4.0). Download (17MB) | Preview |
Abstract
Artikel ini menjelaskan tentang kaedah pemulihan mangsa penyalahgunaan dadah, masalah sosial remaja, serta mereka yang mengalami ketidak tenteraman jiwa untuk kembali ke jalan yang benar menurut perintah Allah yang dilaksanakan oleh Pondok Remaja Inabah (1) Malaysia (PRI(1)M). Kajian kes ini dilakukan dengan mengadakan beberapa kali lawatan sambil memerhati keadaan setempat dan menemuduga dengan pihak pengurusan PRI(1)M. Setiap mereka akan menjalani tiga kaedah rawatan utama iaitu mandi taubat, solat dan zikir. Kaedah ini menekankan konsep pembinaan serta bimbingan rohani dan jasmani. Sehingga kini PRI(1)M telah merawat lebih daripada 7000 remaja yang bermasalah dan sekitar 70% dengan izin Allah telah berjaya dipulihkan. Walaupun PRI(1)M berhadapan dengan masalah kewangan, pihak PRI(1)M berkemampuan untuk membentuk anak-anak bina yang berwibawa selepas menjalani program pemulihan secara kerohanian. Antara faktor utama yang dapat dikenalpasti ialah tapisan ketat sebelum diterima masuk, sumbangan serta khidmat yang diberi oleh anak-anak bina sendiri yang telah berjaya menjalani pemulihan dan berkhidmat semula bagi membina anak bina yang baru, pendekatan kerohanian, kesungguhan serta keikhlasan pihak pengasas dan juga pihak pengurusan PRI(1)M. Hasil kajian kes ini mendapati bahawa pendekatan kerohanian oleh PRI(1)M mampu dan terbukti berjaya memulihkan penagih tegar. Justeru, kejayaan PRI(1)M boleh dijadikan satu model pemulihan penagih tegar
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kerohanian, Penagih tegar, Dadah, Remaja |
| Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 18 Nov 2025 06:41 |
| Last Modified: | 18 Nov 2025 06:41 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32573 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
