Mohd Noor, Norazam and Che Soh, Mazlan (2025) Kesediaan Golongan Miskin Tegar Merebut Trend Baharu di Malaysia Menerusi Ekonomi Gig: Satu Tinjauan di Cheras, Kuala Lumpur. Journal of Economics and Sustainability (JES), 7 (1). pp. 1-18. ISSN 2637-1294
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (415kB) | Preview |
Abstract
Kemajuan teknologi maklumat terutamanya dengan adanya internet telah mengubah cara hidup manusia. Selain digunakan untuk pelbagai manfaat, internet juga mempengaruhi sektor perniagaan. Kini, perniagaan secara dalam talian telah mewujudkan potensi besar untuk diteroka. Justeru, di sinilah ekonomi gig memainkan peranannya, dengan memanfaatkan teknologi digital. Kajian ini memfokuskan tiga objektif iaitu pertama, menyelidik dan mendapatkan maklum balas kumpulan rentan yang terdiri daripada kumpulan miskin bandar berkaitan sikap dan penerimaan mereka terhadap ekonomi gig. Objektif kedua adalah untuk memahami isu, halangan serta cabaran yang dihadapi oleh kumpulan ini dalam menyertai ekonomi gig, dan objektif kajian yang terakhir adalah mengumpulkan cadangan daripada mereka terhadap rancangan kerajaan untuk memajukan ekonomi gig. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan analisis kandungan dan temu bual kumpulan berfokus. Dapatan kajian mendapati secara umumnya informan menunjukkan sikap dan penerimaan positif terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk memajukan ekonomi gig di Malaysia. Terdapat beberapa isu telah diketengahkan, antaranya akses kepada internet, kemahiran perniagaan secara dalam talian, persaingan serta kos. Beberapa cadangan telah dikemukakan, antaranya meningkatkan akses internet, gesaan kepada kerajaan untuk mempromosikan ekonomi gig secara meluas dan bersasar, serta menyediakan insentif khusus kepada kumpulan rentan. Kajian ini sekali gus menyokong usaha kerajaan Malaysia untuk melaksanakan satu dasar yang lebih menyeluruh dalam aspek kawal selia ekonomi gig. Diharapkan kerangka dasar ini dapat membantu memacu ekonomi rakyat, selain menyokong kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat dengan memaksimumkan manfaat teknologi digital dan ekonomi gig
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Ekonomi gig, kemiskinan, miskin bandar, teknologi digital, Malaysia |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
| Divisions: | Ghazali Shafie Graduate School of Government |
| Depositing User: | Mdm. Rozana Zakaria |
| Date Deposited: | 14 Dec 2025 04:40 |
| Last Modified: | 14 Dec 2025 04:40 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32634 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
