Sulaiman, Nor Intan Saniah and Abu Bakar, Azizi and Sawandi, Norfaiezah and Mat Yusof, Muhammad and Ahamd Sauti, Nor Suwaibah and Ahmad, Fakhrul Izzat (2024) Penentu yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kewangan Peribadi dalam Kalangan Asnaf. In: 5th International Social Development Conference: Innovation and Cross-Discipline Collaboration in Social Development for Transformative Change, 10/28/2024 - 10/29/2024, EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Malaysia.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (245kB) | Request a copy |
Abstract
Setiap manusia perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan dengan berlatih merancang, mengatur, mengawal dan menilai. Oleh itu, tujuan kajian ini bagi mengkaji tahap pengurusan kewangan, sikap kewangan, pengaruh normatif, dan tingkah laku kewangan. Selain itu, kajian ini juga menilai hubungan antara pengurusan kewangan, sikap kewangan, dan pengaruh normatif terhadap tingkah laku kewangan peribadi golongan asnaf. Seramai 120 orang asnaf telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan pengumpulan data menggunakan teknik persampelan mudah (convenience sampling). Instrumen kajian ialah soal selidik yang mengandungi tiga elemen tingkah laku kewangan iaitu pengurusan, sikap, pengaruh normatif, dan tingkah laku. Elemen pengurusan kewangan diukur berdasarkan skala likert. Statistik deskriptif dan korelasi digunakan untuk menjelaskan hasil kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap pengurusan kewangan, sikap kewangan, dan pengaruh normatif dalam kalangan asnaf adalah sederhana manakala tahap tingkah laku kewangan adalah tinggi. Tambahan pula, terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan kewangan dan sikap kewangan terhadap tingkah laku kewangan peribadi. Secara keseluruhannya, tahap tingkah laku kewangan peribadi golongan asnaf adalah sederhana. Implikasi kajian mencadangkan bahawa elemen perancangan, penyusunan, pengawalan, dan penilaian kewangan perlu dipandang serius dalam kalangan asnaf
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Penentu, Tingkah laku, Kewangan peribadi, Asnaf |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 16 Dec 2025 12:21 |
| Last Modified: | 16 Dec 2025 12:21 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32643 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
