Basarud-din, Siti Khalilah and Abu Bakar, Azizi and Saad, Ram Al Jaffri (2017) Pengaruh Faktor Agama dalam Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Pensijilan Halal Malaysia dalam Kalangan Usahawan Muslim. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 2 (4). pp. 94-101. ISSN 0128-1755
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (416kB) | Request a copy |
Abstract
Pensijilan halal Malaysia dalam industri makanan halal adalah penting terutamanya kepada usahawan bagi memastikan bahawa setiap produk yang dihasilkan berlandaskan prinsip Islam yang sebenar. Oleh itu, Malaysia memerlukan lebih ramai usahawan terutamanya usahawan Muslim untuk memohon pensijilan halal Malaysia. Walau bagaimanapun, pensijilan halal adalah salah satu isu yang sering dibahaskan sejak penubuhannya. Tambahan pula, permohonan bagi mematuhi piawaian sijil halal dalam kalangan usahawan Muslim masih kurang memuaskan. Pelbagai faktor yang mempengaruhi gelagat kepatuhan telah dicadangkan dalam kesusasteraan, sebaliknya isu tentang gelagat kepatuhan dari perspektif halal dalam kalangan usahawan Muslim masih terhad. Justeru, tujuan kajian ini untuk mengenal pasti faktor agama dalam mempengaruhi gelagat kepatuhan pensijilan halal Malaysia dalam kalangan usahawan Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian literatur untuk mengenal pasti dan menganalisis fenomena ini. Cadangan kajian lanjutan juga turut dibincangkan
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Gelagat kepatuhan pensijilan halal Malaysia; Pengetahuan, Etika kerja Islam, Sikap, Usahawan Muslim |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
| Divisions: | College of Business |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 13 Jan 2026 12:55 |
| Last Modified: | 13 Jan 2026 12:55 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32667 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
