mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Perhubungan Pekerja antara Kompetensi dan Prestasi Guru

Ramli, Azahari and Abu Bakar, Azizi and Omar, Siti Nur Zahirah (2015) Perhubungan Pekerja antara Kompetensi dan Prestasi Guru. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1 (2). pp. 44-51. ISSN 2462-1714

[thumbnail of GBSE 01 02 2015 44-51.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Download (380kB) | Preview
Official URL: http://gbse.my/

Abstract

Sistem pendidikan merupakan asas kepada pembangunan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Dasar pendidikan yang diterapkan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran semata-mata, malah sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan negara. Dalam membangunkan kecemerlangan sistem pendidikan negara, guru memainkan peranan penting dalam memartabatkan profesion perguruan pada tahap yang lebih cemerlang serta peningkatan dalam prestasi kerja guru. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan satu model kerangka kerja kajian iaitu untuk menyelidik hubungan antara kompetensi pekerja dan prestasi kerja dalam kalangan guru. Model kajian dibangunkan berdasarkan kepada sorotan susastera lalu. Setelah dikenalpasti, kajian ini mengemukakan tiga pembolehubah bebas iaitu kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual. Seterusnya kajian ini menjadikan prestasi kerja guru sebagai pembolehubah bersandar kajian. Rumusan, kesan serta cadangan kajian masa hadapan turut dikemukakan. Adalah diharap kertas konsep ini dapat dijadikan rujukan dan sebagai penambahan literatur dalam aspek kompetensi pekerja dan hubungannya dengan prestasi kerja guru

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Prestasi Kerja Guru, Kecerdasan Emosi, Kepimpinan Berkesan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Business
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 13 Jan 2026 13:10
Last Modified: 13 Jan 2026 13:10
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32671

Actions (login required)

View Item View Item