Mustafa, Mohd Naim and Abdul Majid, Nurul Huda and Hasan Busry, Lydiawaty (2020) Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Niat Menyertai Takaful Kenderaan di Kalangan Kakitangan Jakim. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Kali ke-5 (PASAK5 2020), 11/24/2020 - 11/25/2020, Dalam talian (KUIS) MALAYSIA.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (386kB) | Request a copy |
Abstract
Industri takaful telah mula bertapak Di Malaysia sejak 30 tahun yang lepas sebagai insuran patuh Shariah. Walaubagaimanapun, tahap penguasaannya didapati rendah berbanding insurans konvensional. Dari segi penguasaan pasaran, dominasi insurans konvensional jauh di hadapan. Adakah penyertaan dalam jenis perlindungan insuran kenderaan dan kaitannya boleh memberi jawapan kepada isu rendahnya penguasaan takaful merupakan satu persoalan. Justeru, kajian ini dibuat di kalangan kakitangan awam di Putrajaya bagi melihat faktor-faktor yang mempengaruhi niat umat islam untuk menyertai takaful kenderaan berbanding insuran kenderaan lain. Bersandarkan Theory of Reasoned Action (TRA), soal selidik dijalankan bagi mengenalpasti kaitan faktor kesedaran risiko, sikap dan norma subjektif terhadap niat kakitangan JAKIM untuk menyertai insurans berasaskan takaful atas kenderaan mereka. Multiple Linear Regression (MLR) digunakan untuk menganalisis hubungan antara pemboleh ubah bersandar(niat) dan pemboleh ubah bebas. Dapatan kajian menunjukkan hanya norma subjektif secara signifikan tidak mempengaruhi niat manakala faktor-faktor lain adalah signifikan. Rumusannya, sikap dan kesan kesedaran risiko mempengaruhi niat secara signifikan dalam umat islam membuat pilihan untuk menyertai takaful kenderaan. Kajian ini membantu memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi niat pengguna takaful kenderaan, khususnya umat islam dalam memilih insuran berasaskan takaful. Ianya penting sebagai salah satu sumbangan kecil khususnya kepada syarikat takaful dalam memperkasakan industri takaful dan kepada sistem kewangan Islam secara umum di Malaysia
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Takaful kenderaan, teori tindakan beralasan, niat |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 02 Mar 2026 13:39 |
| Last Modified: | 02 Mar 2026 13:39 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32734 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
