Mohamed Elias, Ezanee and Abu, Noor Hidayah and Osman, Nor Hasni and Noordin, Alminnourliza and Ahmad, Azhar and Ishak, Sallehuddin (2021) Model Unjuran Guna Tenaga dalam Sektor Perindustrian di Negeri Pahang: Satu Kajian Kes = An Employment Projection Model in the Industrial Sector in the State of Pahang: A Case Study. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 6 (26). pp. 90-104. ISSN 0128-178X
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (392kB) | Preview |
Abstract
Pahang adalah sebuah negeri yang sentiasa menggiatkan usaha pembangunan bagi memastikan kesejahteraan rakyatnya dalam mencapai sasaran menjadi sebuah negeri yang berdaya maju menjelang tahun 2050. Namun krisis pandemik Covid-19 telah menggugat kesejahteraan hidup penduduk dengan memberikan impak negatif terhadap landskap sosio-ekonomi keseluruhannya. Akibatnya, hampir semua sektor ekonomi dan sosial ditutup dan ini telah mengakibatkan para pekerja mengalami pengurangan gaji, pemberhentian kerja, dan seterusnya meningkatkan kadar pengangguran. Oleh yang demikian, kerajaan negeri perlu mengoptimumkan semua peluang yang ada, antaranya adalah melalui pengurusan sumber guna tenaga yang efisien dan efektif. Kajian ini merupakan satu kajian kes di bawah topik pengurusan sumber guna tenaga bagi kerajaan negeri Pahang. Matlamat utama kajian ini dilakukan adalah bagi menyokong kerajaan negeri Pahang dalam mengenal pasti unjuran sumber guna tenaga bagi tahun 2020-2025 khususnya dalam sektor perindustrian. Selain daripada itu, kajian ini juga berusaha membantu kerajaan negeri Pahang dengan mengenal pasti faktor-faktor berkaitan dengan perkembangan sektor perindustrian seiring dengan peningkatan sumber guna tenaga. Bagi merealisasikan objektif kajian, data sekunder digunakan sepenuhnya dalam penganalisaan data. Hasil dapatan daripada analisis data, ia mengunjurkan bahawa sumber guna tenaga di negeri Pahang akan bertambah sekitar 15,000 orang setahun dan akan mencecah sehingga mencapai 1.77 juta penduduk menjelang tahun 2025. Jumlah tenaga buruh juga bertambah dari 748,000 pada tahun 2021 kepada 767,300 orang pada tahun 2025 dengan Kadar Penyertaan Tenaga Buruh bersamaan 63.31%. Pada masa yang sama, unjuran juga merekodkan jumlah tenaga buruh luar meningkat kepada 42,400 orang walaupun pada masa yang sama jumlah penduduk yang bekerja meningkat kepada 733,600 orang. Kajian ini juga mengusulkan unjuran guna tenaga dalam sektor perindustrian dari tahun 2021 sehingga 2025. Adalah diharapkan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak berkepentingan kepada sektor perindustrian di negeri Pahang dapat menawarkan peluang pekerjaan yang berinovasi kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi dan seterusnya mensejahterakan rakyatnya
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Buruh, Ekonomi, Perindustrian, Sejahtera, Sumber Tenaga, Unjuran |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
| Divisions: | School of Technology Management & Logistics |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 29 Mar 2026 09:50 |
| Last Modified: | 29 Mar 2026 09:50 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32786 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
