mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Secebis Sekolah Melayu Hosba dan sekitarnya karya Tun Muhamed Zahir Ismail, pengisian sejarah pendidikan Kedah Utara sebelum Perang Dunia Kedua

Saidon, Mohd Kasri and Saat, Ishak and Bahador, Zolkefli (2023) Secebis Sekolah Melayu Hosba dan sekitarnya karya Tun Muhamed Zahir Ismail, pengisian sejarah pendidikan Kedah Utara sebelum Perang Dunia Kedua. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 6 (18). pp. 27-37. ISSN 26370956

[thumbnail of JOSSR 06 18 2023 27-37.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License ["licenses_description_cc4_by_sa" not defined].

Download (237kB) | Preview

Abstract

Artikel ini adalah paparan dan ulasan dari penulisan Tun Muhamed Zahir Ismail seorang tokoh kehakiman dan politik di Malaysia. Karya ini merupakan naratif tentang kehidupan dirinya semasa kecil dan alam persekolahan awal. Latar belakang tempat adalah di Hosba, Jitra di negeri Kedah. Kandungannya membawa pada penceritaan tentang suasana sosial setempat termasuk juga isi kandungan yang berfokus pada persekolahan. Penceritaan tentang situasi sebelum pecah Perang Dunia Kedua ini adalah himpunan catatan yang begitu klasik dan agak terperinci tentang perihal penghidupan semasa itu. Sekolah adalah teras cerita, ia dikembangkan dengan aspek persekitaran yang memperlengkapkan medan sosial kemasyarakatan ketika itu. Ada perkara yang disentuh beliau merupakan satu penceritaan yang begitu jarang disentuh oleh penulis era kini. Bagi institusi pendidikan ia merupakan satu imbasan lalu yang penuh dengan maklumat dan boleh dijanakan sebagai kajian lanjut. Lebih besar lagi, artikel ini juga memaparkan pertautan sosial dalam masyarakat, perjalanan pentadbiran sekolah dan komposisi masyarakat setempat yang pelbagai kaum.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Hosba, Sekolah, Sosial, Klasik, Masyarakat
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 03 Nov 2026 08:56
Last Modified: 03 Nov 2026 08:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34402

Actions (login required)

View Item View Item