mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Representasi ‘Hubungan Terlarang’ dalam lirik lagu “Gemuruh” Search Ft Wings berdasarkan semiotik Roland Barthes = Representation of 'Forbidden Relationships' in the lyrics of the song "Gemuruh" Search Ft Wings based on the semiotics of Roland Barthes

Abd Azis, Mohammad Haris and Abu Bakar @ Azmeer, Mohd Azhar (2025) Representasi ‘Hubungan Terlarang’ dalam lirik lagu “Gemuruh” Search Ft Wings berdasarkan semiotik Roland Barthes = Representation of 'Forbidden Relationships' in the lyrics of the song "Gemuruh" Search Ft Wings based on the semiotics of Roland Barthes. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 4 (1). pp. 1-22. ISSN 2976-3126

[thumbnail of RENTAS  JBSB J1 B1 Julai 2025 1-22.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (5MB) | Preview

Abstract

Makna dalam bentuk muzik mempunyai variasi tersendiri yang signifikan terhadap realiti sosial dan ideologi yang dibawa oleh pelbagai kelompok genre muzik. Genre muzik ‘Rock’ misalnya, ekspresi yang dizahirkan menerusi lirik serta irama yang ditampilkan merepresentasikan luahan tersendiri hasil dari tantangan realiti kehidupan harian dalam sesebuah kelompok masyarakat. Persoalannya, adakah pendengar menyedari dan memahami makna sebenar lirik yang diungkapkan atau hanya terbuai dengan kesyahduan melodi nyanyian dan pesona iringan muzik yang melatarinya? Terdapat juga tuduhan bahawa terdapat lagu didakwa mempunyai unsur ‘negatif’ dan tidak sesuai diperdengar kepada umum. Sedangkan penilaian itu tidak cuba mengesan manifestasi sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lirik. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis dan menjelaskan makna yang terkandung dalam lirik lagu bergenre rock pada sekitar era 1990-an iaitu “Gemuruh”. Kajian juga akan memerihalkan manifestasi sebenar atau mesej yang ingin disampaikan oleh penulis lirik disebalik paparan peristiwa yang digambarkan dalam lirik lagu tersebut. Kaedah analisis dijalankan secara kualitatif dengan memfokus kepada “teks lirik” sebagai objek, dengan cara mentafsir serta memahami kod ‘tanda’ (decoding sign) di sebalik teks tersebut menerusi pendekatan semiotik Roland Barthes. Justeru analisis akan melalui dua tahap (two order of signification), iaitu tahap 1) komponen penanda (signifier) dan petanda (signified) melibatkan makna detonasi, konotasi dan mitos bagi melihat ketepatan maknanya agar lebih mudah diyakini dan sesuai dijadikan sandaran pemahaman masyarakat. Kajian mendapati bahawa lirik lagu tersebut adalah merupakan suatu bentuk usaha memberi kesedaran dan pesanan kepada setiap pasangan yang bercinta termasuklah kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga agar tidak melakukan perkara di luar batas pergaulan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Representasi, interpretasi, semiotik, makna, lirik.
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: School of Creative Industry Management and Performing Arts
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 01 Mar 2026 07:44
Last Modified: 02 Mar 2026 13:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34577

Actions (login required)

View Item View Item