mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengalaman guru dalam usaha menerapkan elemen kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu = Teachers' experiences in incorporating elements of multiple intelligences in the teaching and learning (T&L) of Malay language

Ashar, Nurul Izzani and Noor Din, Nor Fazilah (2025) Pengalaman guru dalam usaha menerapkan elemen kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu = Teachers' experiences in incorporating elements of multiple intelligences in the teaching and learning (T&L) of Malay language. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 4 (1). pp. 161-188. ISSN 2976-3126

[thumbnail of RENTAS  JBSB J1 B1 Julai 2025 161-188.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (592kB) | Preview

Abstract

Pembelajaran berkesan merupakan kunci utama dalam menentukan keberhasilan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), dan salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanannya ialah melalui gaya belajar murid. Guru yang bertindak sebagai pendorong utama berperanan penting dalam memastikan gaya belajar berkesan dengan mengaplikasikan pendekatan dan teknik yang bersesuaian dengan kecenderungan, kecerdasan dan minat murid. Walau bagaimanapun, penerapan Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat masih tidak diaplikasikan oleh guru secara optimum. Kajian ini bertujuan mengenal pasti elemen kecerdasan pelbagai yang diaplikasikan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Perlis. Subjek kajian dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan dengan memilih tiga orang guru Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi pemerhatian dan temu bual terhadap subjek kajian dan hasil data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati, elemen kecerdasan pelbagai dalam PdP tidak diterapkan secara optimum oleh subjek kajian. Hasil temu bual mendapati, situasi ini berlaku atas faktor atau halangan tertentu, antaranya ialah, aspek penerimaan latihan profesional, masa, perancangan bahan bantu mengajar dan aktiviti pengajaran, kemahiran guru, dan minat guru. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan kajian ini, diharapkan pihak berkepentingan dapat memainkan peranan yang sewajarnya dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk menerapkan kecerdasan pelbagai secara optimum di dalam bilik darjah, sekali gus menyokong perkembangan holistik murid.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Teori Kecerdasan Pelbagai, optimum, penerapan, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), Bahasa Melayu.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 08 Apr 2026 10:29
Last Modified: 08 Apr 2026 11:13
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34583

Actions (login required)

View Item View Item