Azhar, Alias (2010) Hibah dalam undang-undang pusaka Islam: Elemen ijtihadi dan realiti di Malaysia. In: Seminar Syariah dan Undang-Undang Peringkat Kebangsaan 2010, 2 - 3 November 2010, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (129kB) |
Abstract
Jaminan kejayaan hidup di dunia dan akhirat akan tercapai sekiranya setiap insan mengurus dan mengatur kehidupannya berteraskan hukum dan syariat Islam. Harta dan kuasa merupakan amanah Allah yang perlu diuruskan dengan bijak dan berlandaskan syariatNya. Secara ringkasnya, pengurusan harta secara lslam bermatlamat memperolehi hasanah di dunia dan akhirat. Syariat lslam yang syumul turut menggariskan panduan lengkap berkaitan pengurusan harta selepas kematian melalui undang-undang Pusaka lslam yang lengkap dan sistematik berkaitan pengagihan harta melalui instrumen wasiat, Hibah dan wakaf. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan memfokuskan kepada instrumen Hibah dalam undan-undang pusaka lslam meliputi isu hukum dan realiti aplikasinya di Malaysia. Hibah merupakan elemen pengagihan harta terkandung dalam konsep pengurusan harta secara Islam. Hibah perlu difahami secara mendalam aspek konsep dan aplikasinya dari segi hukum dan cara pelaksanaan. Selepas kematian pihak yang menghibahkan harta mereka, sering timbul pertikaian di kalangan pihak-pihak terbabit sehingga menyukarkan penyelesaian harta pusaka. Oleh itu, sekiranya instrumen ini diuruskan dengan teratur dan menepati kehendak syarak, maka nasib golongan yang ada hak dan berhak pasti terbela.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Anjuran Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc K Law > K Law (General) |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 28 Nov 2011 06:27 |
Last Modified: | 28 Nov 2011 06:27 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3720 |
Actions (login required)
View Item |