Nordin, Munif Zariruddin Fikri and Ishak, Ismail and Mustaffa, Che Su (2011) Pembinaan model penyampaian maklumat wakaf dan zakat berdasarkan pendekatan linguistik. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Preview |
PDF
Download (496kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini membincangkan empat elemen wacana agama, iaitu projeksi iman, ciri-ciri leksikal, fungsi ayat dan representasi, yang terkandung dalam penyampaian maklumat wakaf dan zakat oleh institusi agama dalam khutbah Jumaat di Malaysia; di samping membentuk model penyampaian maklumat wakaf dan zakat berdasarkan pendekatan linguistik dalam khutbah Jumaat di Malaysia.Kajian ini ialah kajian analisis tekstual.Teks yang dikaji ialah tiga puluh teks khutbah Jumaat sepanjang tahun 2009 yang yang mengandungi maklumat waqaf dan zakat, yang disediakan oleh sepuluh jabatan agama negeri-negeri seluruh Malaysia, termasuk JAKIM.Teks dianalisis secara berurutan menggunakan prinsip ahsan alqawl.Dapatan kajian memperlihatkan bahawa keempat-empat elemen wacana agama iaitu projeksi iman, leksikal, fungsi ayat dan representasi yang dibincangkan mempunyai hubungan dengan latar belakang, khalayak dan matlamat penyampaian maklumat wakaf dan zakat.Dari segi implikasi kajian, berdasarkan keempat-empat elemen berkenaan, maklumat yang disampaikan telah memenuhi keperluan latar belakang, khalayak dan matlamat wacana, seperti fungsi, kepentingan, ganjaran baik, balasan buruk, kadar, kaedah dan perkara-perkara lain berkaitan wakaf dan zakat.Maklumat berkenaan berupaya mengukuhkan kesedaran masyarakat Islam di Malaysia tentang waqaf dan zakat. Kajian ini mempunyai sumbangan yang penting dalam menilai penyampaian maklumat kontemporari wakaf dan zakat berdasarkan pendekatan linguistik.Kajian ini juga penting dalam menarik perhatian institusi-institusi wakaf dan zakat di Malaysia kepada realiti bahawa transformasi diperlukan untuk menyampaikan maklumat wakaf dan zakat dengan lebih berkesan kepada masyarakat Islam di Malaysia, termasuk menggunakan pendekatan linguistik.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Additional Information: | Kod S/O: 11887 |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Prof.Dr. Munif Zarirruddin Fikri Nordin |
Date Deposited: | 10 Jun 2013 07:18 |
Last Modified: | 06 Jul 2014 04:55 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/8158 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |