mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian kes Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lwn Bank Islam (M) Berhad mengenai isu penentuan keputusan oleh Mahkamah atau Majlis Penasihat Shariah dalam hal-hal kewangan dan perbankan Islam

Badarulzaman, Muhammad Hafiz (2014) Kajian kes Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lwn Bank Islam (M) Berhad mengenai isu penentuan keputusan oleh Mahkamah atau Majlis Penasihat Shariah dalam hal-hal kewangan dan perbankan Islam. UUM Journal of Legal Studies, 5. pp. 176-190. ISSN 2229-984X

[thumbnail of 2014_9.pdf]
Preview
PDF
Download (291kB) | Preview

Abstract

Majlis Penasihat Shariah (SAC) telah ditubuhkan di bawah Bank Negara Malaysia bagi tujuan menyelaras prinsip-prinsip Islam di dalam isu-isu kewangan dan merupakan badan rujukan utama di dalam kes-kes berkaitan kewangan Islam di dalam negara. Walaubagaimanapun, pindaan Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah memberi kesan kepada keputusan SAC berkaitan isu kewangan Islam apabila SAC dapat mengikat mahkamah sivil untuk mengikutnya di dalam keputusan sesuatu kes. Berikutan masalah ini, kuasa SAC telah dilihat bertentangan dengan semangat perlembagaan melalui hak kesamarataan dan hak mahkamah untuk membuat keputusan tanpa terikat dengan mana-mana badan.Pindaan yang dibuat di dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 melalui beberapa peruntukan juga dianggap sebagai bertentangan dengan perlembagaan (unconstitutional). Kertas kerja ini akan menggunakan kaedah kajian perbandingan (comparative study) yang melibatkan perbandingan beberapa akta dan peruntukan undang-undang serta perlembagaan persekutuan.Kertas kerja ini juga mencadangkan agar kedudukan SAC diperkemaskan melalui kewujudan akta baru iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dan peranan SAC dapat diperkukuhkan demi kemaslahatan perbankan dan kewangan Islam.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Majlis Penasihat Shariah (SAC), Institusi Perbankan dan Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, Undang-Undang Perlembagaan
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mr. Muhammad Hafiz Badarulzaman
Date Deposited: 29 Oct 2015 04:12
Last Modified: 29 Oct 2015 04:13
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16033

Actions (login required)

View Item View Item