mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesedaran pelajar-pelajar UUM terhadap peruntukan-peruntukan berkaitan kebebasan asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan

Megat Latif, Haji Hairuddin and Mohd Anuar, Haslinda (2004) Kesedaran pelajar-pelajar UUM terhadap peruntukan-peruntukan berkaitan kebebasan asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan. In: Seminar Sosio Ekonomi dan IT Ke-2, 11-12 August 2004, Hotel Holiday Villa, Alor Setar Kedah. (Unpublished)

[thumbnail of hA.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Abstract

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama di Malaysia. Dokumen undang-undang bertulis ini digubal oleh Suruhanjaya Reid berasaskan empat perkara iaitu raja berperlembagaan berdasarkan demokrasi berparlimen, kedua, federalisma, ketiga, hak-hak asasi dan keempat, kedudukan istimewa orang Melavu. Kajian ini menjurus kepada salah satu perkara tersebut iaitu hak asasi. Di dalam perlembagaan Persekutuan, peruntukan berkaitan hak asasi diperuntukkan di bawah Perkara 5 hingga 13. Di Malaysia, hak-hak asasi mula diperkatakan apabila Perlembagaan Persekutuan 1957 dikuatkuasakan. Pada masa kini terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kesedaran terhadap hak asasi manusia semalnn meningkat di peringkat nasional. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesedaran pelajar-pelajar UUM berhubung kewujudan dan status Perlembagaan serta mengenalpasti pengetahuan dan pemahaman pelajar mengenai peruntuknn-peruntukan berkaitan kebebasan asasi di bawah Perlembagaan. Kajian ini adalah berbentuk penerokaan dan menggunakan analisis deskriptif untuk menjelaskan objektf kajian di mana 872 responden terlibat. Dapatan kajian menunjukkan hanya 52.7% responden sahaja yang mengetahui mengenai tarikh Perlembagaan diwujudkan. Sungguhpun demikian, berkaitan status Perlembagaan. majoriti responden mengetahui mengenainya di mana lebih daripada 90% responden mengetahuinya. Secara keseluruhannya, peratusan responden yang mempunyai pengetahuan berkaitan kebebasan asasi adalah tinggi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Pusat Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia
Subjects: K Law > K Law (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Ms. Rohaida Rohani
Date Deposited: 26 Dec 2011 02:04
Last Modified: 26 Dec 2011 02:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/4076

Actions (login required)

View Item View Item