mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tanggungjawab empunya kapal dalam pengangkutan barangan melalui laut

Megat Latif, Haji Hairuddin and Yusof, Yuhanif (2004) Tanggungjawab empunya kapal dalam pengangkutan barangan melalui laut. In: Seminar Kebangsaan Undang-undang 2004, 25 September 2004, Pulau Pinang. (Unpublished)

[thumbnail of Hai2.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (578kB)

Abstract

Seiring dengan perkembangan perdagangan maritim yang semakin maju mengakibatkan peningkatan permintaan terhadap empunya kapal untuk mengangkut harang-barang seperti kargo melalui laut.Oleh yang demikian, empunya kapal memainkan peranan yang penting bagi memastikan agar kesemua barang-barang yang diangkut dapat dihantar-serah dengan selamat kepada individu yang layak menerimanya.Di antara faktor-faktor yang harus diambilkira oleh empunya kapal dalam menjalankan tanggungjawabnya adalah dengan memastikan bahawa barang-barang yang diangkut hanya dihantar-serah kepada individu yang layak menerimanya sahaja iaitu individu yang mengemukakan bil muatan sebagai bukti kepada sesuatu transaksi.Sehubungan dengan itu, tindakan ini akan sekaligus dapat membebaskan empunya kapal dari bertanggungjawab ke atas keselamatan barang-barang tersebut.Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian misalnya berdasarkan Common law, kontrak dun juga statut seperti Merchant Shipping Act 1952, Carriage of Goods by Sea Act 1950 dan Hague-Visby Rules 1968 yang dapat membebaskan empunya kapal daripada tanggungan tersebut.Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan melihat situasi-situasi melalui kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah beserta pengecualian-pengecualiannya berhubung dengan tanggungjawap empunya kapal dalam pengangkutan barang melalui laut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang Unversiti Utara Malaysia
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Madya Haji Hairuddin Megat Latif
Date Deposited: 05 Aug 2012 07:27
Last Modified: 05 Aug 2012 07:27
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5710

Actions (login required)

View Item View Item