Wan Adnan, Wan Azimin and Buang, Ahmad Hidayat and Sulaiman, Zubaidi (2022) Pemerkasaan pelaksanaan Sulh dalam kes-kes hartanah melalui pemakaian arahan amalan di Mahkamah Syariah di Malaysia. UUM Journal of Legal Studies (UUMJLS), 13 (1). pp. 345-371. ISSN 2229-984X
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (502kB) | Preview |
Abstract
Pemakaian Arahan Amalan membantu pelaksanaan sulh di Mahkamah Syariah pada penyediaan proses kerja bermula daripada pendaftaran kes hingga perintah penghakiman persetujuan dikeluarkan. Kajian ini meneliti kedudukan dan pemakaian Arahan Amalan dalam pelaksanaan sulh dalam kes-kes hartanah di Mahkamah Syariah. Data kajian ini terdiri daripada sumber primer seperti statut, Arahan-Arahan Amalan, penghakiman kes-kes, temubual dan sumber sekunder seperti penulisan di dalam artikel jurnal dan buku. Analisis kandungan secara deskriptif digunakan bagi menganalisis data-data yang telah dikumpulkan. Kajian ini mendapati pemakaian Arahan Amalan menyediakan garis panduan kepada pegawai sulh dan hakim syarie menjalankan tugas mereka secara berkesan. Namun melalui analisis penghakiman kes yang diputuskan, Arahan Amalan ke arah pemerkasaan pelaksanaan sulh khususnya dalam penyelesaian kes hartanah masih perlu ditambah baik dalam mendepani cabaran semasa, isu perundangan dan pentadbiran. Implikasi kajian ini dapat memantapkan aspek proses penghakiman dan pengurusan kes dalam Mahkamah Syariah di Malaysia.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Sulh, arahan amalan, Mahkamah Syariah, kes hartanah, pengurusan kes |
| Subjects: | K Law > K Law (General) |
| Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 24 Jan 2023 06:08 |
| Last Modified: | 04 Apr 2023 09:38 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29106 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Altmetric
Altmetric