mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Development of Islamic Research Ethics Framework: Towards A Global Code of Ethics for Artificial Intelligence Study Within Shariah Parameters

Mohd Nawi, Mohd Aliff and Mohd Yaakob, Mohd Faiz and Hussin, Zalmizy and Mohd Muhaiyuddin, Nadia Diyana and Tamuri, Ab. Halim and Samuri, Mohd Al Adib and Chua, Chy Ren (2022) Development of Islamic Research Ethics Framework: Towards A Global Code of Ethics for Artificial Intelligence Study Within Shariah Parameters. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of 14396.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Perkembangan teknologi dalam kecerdasan buatan atau AI semakin meningkat secara drastik. Daripada penggunaan telefon pintar, kereta tanpa pemandu, robot, hinggalah pembuatan senjata tanpa kawalan telah mengubah lanskap kehidupan manusia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi dan impak penggunaan AI terhadap manusia pada masa kini. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah campuran kualitatif dan kuatitatif mengikut tiga fasa. Fasa pertama iaitu menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis dokumen terhadap lima puluh (50) buah artikel jurnal menggunakan metod PRISMA. Fasa kedua pula menggunakan kaedah kuantitatif menerusi tinjauan soal selidik kepada 37 orang pakar bidang agama dalam pelbagai aliran. Manakala fasa yang ketiga pula menggunakan kaedah kualitatif secara dua siri di mana siri pertama melibatkan temubual secara mendalam dan siri kedua pula melibatkan teknik grounded theory dilaksanakan. Temubual secara mendalam melibatkan kepada tujuh (7) orang panel pakar dari pelbagai bidang (Ekonomi, Sains & Teknologi, Psikologi, Pendidikan, Undang-Undang Sivil dan Syariah). Manakala siri kedua pula yang menggunakan teknik grounded theory melibatkan seramai lima belas (15) orang panel pakar dalam bidang syariah. Hasil kajian mendapati bahawa AI telah pun digunakan secara meluas terutamanya di negara membangun meliputi pelbagai bidang termasuklah bidang sosial, komunikasi, komersial, kesihatan, politik, persenjataan, pengangkutan, pendidikan dan persekitaran. Walau bagaimanapun, penggunaan AI turut dieksploitasi dalam penglibatan aktiviti terorisme, pemalsuan identiti dan penyalahgunaan data. Selain itu, penggunaan AI menerusi mesin dan robot pintar juga menimbulkan pelbagai isu iaitu pengangguran, keselamatan dan ketidaksamarataan. Dapatan persetujuan panel pakar turut menunjukkan bahawa terdapat keperluan yang tinggi untuk mewujudkan etika dan garis panduan dalam penggunaan AI. Walaupun kajian menunjukkan ketidakpekaan responden terhadap kemampuan AI yang mampu mendatangkan kesan terhadap pengguna Muslim secara umum. Bagaimanapun, 3 sebahagian besar daripada responden setuju dengan keperluan satu panduan agar AI dimanfaatkan untuk meningkatkan tahap kehidupan umat Islam. Keperluan ini menekankan kepada satu panduan menyeluruh yang menepati undang-undang Islam dalam mengendalikan penyelidikan dan penggunaan teknologi AI. Dapatan juga berjaya membangunkan satu Model Etika Islam bagi menawarkan input dari perspektif maqasid syariah. Model ini dihasilkan bagi memberi penyelesaian terhadap isu dan masalah yang berlaku dalam membuat keputusan (algorithm) apabila berlakunya pertembungan antara perkara baik (maslahah) dan perkara buruk (mafsadah). Memandangkan pelbagai pihak diperingkat global sedang berusaha dalam menyediakan garis panduan dan etika dalam penyelidikan AI, diharapkan Model Etika Islam ini berupaya untuk diketengahkan dalam menawarkan input etika dari perspektif ajaran Islam. Keperluan kerjasama untuk membangunkan garis panduan dan etika dalam penyelidikan AI perlu mengambil kira pelbagai disiplin dan perspektif, termasuklah dari perspektif agama. Kerjasama ini juga diharapkan dapat menangani pelbagai isu kontemporari demi melindungi hak dan kepentingan manusia, terutama kepada pengguna muslim global.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: SO 14396 (Reran KPT FRGS)
Uncontrolled Keywords: garis panduan, model etika Islam, penyelidikan, kecerdasan buatan, AI
Subjects: Q Science > QH Natural history
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 06 Apr 2023 10:43
Last Modified: 06 Apr 2023 10:44
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29361

Actions (login required)

View Item View Item