mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembayaran Nafkah Anak Melalui Potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: Suatu Alternatif

Mat Hussin, Mohd. Norhusairi and Fauzi, Muhammad Farid Aizat (2023) Pembayaran Nafkah Anak Melalui Potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: Suatu Alternatif. UUM Journal of Legal Studies (UUMJLS), 14 (1). pp. 333-363. ISSN 2229-984X

[thumbnail of UUMJLS 14 01 2023 333-363.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (3MB) | Preview

Abstract

Nafkah anak merupakan suatu kefarduan yang wajib ditunaikan secara berterusan oleh bapa atau penjaga menurut hukum syarak dan undang-undang. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa wujudnya pengabaian nafkah daripada pihak bapa kepada anak-anak disebabkan pelbagai faktor. Pengabaian nafkah ini menyebabkan kehidupan anak-anak terjejas dan tidak mendapat hak yang sepatutnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai suatu alternatif untuk pembayaran nafkah anak di Mahkamah Syariah sekaligus mencadangkan potongan simpanan KWSP bapa sebagai salah satu mekanisma pembayaran nafkah. Data utama dalam kajian ini diperolehi melalui kajian perpustakaan dan juga kajian lapangan yang melibatkan temubual dengan Peguam Syarie bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan kaedah-kaedah pembayaran nafkah yang sedia ada serta keperluan pelaksanaan potongan KWSP sebagai kaedah alternatif. Metodologi yang digunakan ini boleh menyoroti potongan wang KWSP bagi tujuan nafkah dibuat melalui undang-undang seterusnya boleh mengesahkan kepentingan potongan wang KWSP bagi membela hak anak-anak untuk mendapatkan nafkah. Kajian ini penting khususnya kepada pihak kerajaan dan pembuat dasar di KWSP bagi meminda dasar yang sedia ada untuk membantu memelihara hak anak-anak daripada sikap culas bapa yang mencarum di KWSP.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Alimony of children, Shariah court, Employees Provident Fund (EPF), Nafkah anak, Mahkamah Syariah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 16 Apr 2023 02:29
Last Modified: 16 Apr 2023 02:29
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29382

Actions (login required)

View Item View Item