Wan Ismail, Wan Abdul Fattah and Abdul Mutalib, Lukman and Baharuddin, Ahmad Syukran and Abdullah Kahar, Nurul Syazwani and Alias, Mohamad Aniq Aiman (2023) Keperluan Prosedur Operasi Standard dalam Penerimaan Dokumen Digital di Mahkamah Sivil Malaysia. UUM Journal of Legal Studies (UUMJLS), 14 (1). pp. 365-390. ISSN 2229-984X
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (3MB) | Preview |
Abstract
Keperluan dalam memastikan kebolehgunaan dan kebolehpercayaan dokwnen digital di mahkamah merupakan salah satu penentu kebolehterimaan dokumen digital sebagai kaedah pembuktian di mahkamah. Oleh itu, bagi mengekalkan keasliannya, dokumen digital perlu dinilai secara betul dengan menggunakan prosedur khusus supaya bukti tersebut terlindung daripada diceroboh dan diubah lantas memastikan ia diterima sebagai bukti, khususnya di mahkamah sivil. Walau bagaimanapun, masih tiada kajian yang membincangkan aspek keperluan prosedur operasi standard (SOP) dalam kebolehterimaan dokumen digital di mahkamah sivil walaupun secara umumnya mahkamah sivil telah pun mengguna pakai dokumen digital sebagai bukti sejak tahun 1950-an. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan kedudukan dokumen digital di mahkamah sivil, enakmen, dan peruntukan berkaitan penggunaannya serta SOP untuk menggunakan dokumen digital sebagai bukti khususnya di mahkamah sivil. Kajian ini juga mengguna.kan kaedah kualitatif dengan mengumpul data daripada sumber primer dan sumber sekunder yang kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian mendapati bahawa satu SOP tentang penerimaan dokumen digital di mahkamah sivil adalah sangat penting dan sesuai dengan undang undang untuk memastikan bahawa bukti yang dikemukakan adalah sahih dan boleh dipercayai, seperti yang digariskan oleh mahkamah. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa ia boleh dijadikan sebagai rujukan oleh para hakim dan pengamal undang-undang sivil untuk membuat pertimbangan adil terhadap isu berkaitan dengan dokumen digital sebagai salah satu bentuk kaedah pembuktian khususnya di mahkamah sivil.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Dokumen digital, kebolehterimaan, kaedah pembuktian, prosedur operasi standard (SOP), mahkamah sivil |
| Subjects: | K Law > K Law (General) |
| Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 16 Apr 2023 02:31 |
| Last Modified: | 16 Apr 2023 02:31 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29383 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Altmetric
Altmetric