Jasni, Mohd Alif and Omar, Noralina and Azmy, Muna Maryam and Fikri, Sofi Mohd and Mohd Noor, Annuar Aswan and Hussin, Zalmizy and Abdul Rahman, Nur Faizira (2023) Isu Gelandangan di Malaysia: Analisa dari perspektif sosial dan undang-undang (Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183]). UUM Journal of Legal Studies (UUMJLS), 14 (1). pp. 391-424. ISSN 2229-984X
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (4MB) | Preview |
Abstract
Isu gelandangan adalah antara fenomena yang mengundang ketidakselesaan kepada sebahagian masyarakat, terutama di bandaraya yang pesat membangun. Kesan urbanisasi yang mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi di kalangan masyarakat bandar dikatakan telah menyumbang kepada peningkatan statistik gelandangan di Malaysia. Golongan ini bergelut dalam memastikan kelangsungan hidup mereka akibat kemiskinan dan keterdesakan yang melanda. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan isu berkaitan golongan gelandangan dari sudut sosial dan undang undang, bermula daripada definisi, terminologi, undang-undang berkaitan, serta isu penguatkuasaannya. Kajian ini adalah berdasarkan konseptual yang membincangkan isu-isu setempat berkaitan dengan gelandangan dan masyarakat orang papa. Kajian lepas telah digunakan bagi mengenal pasti kajian yang telah dijalankan berkenaan Akta Orang Papa 1977 dari segi terminologi, bidang kuasa, impak sosial dan pengehadan akta. Struktur operasi yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam membantu golongan ini juga telah dibincangkan bersama pengehadan akta yang dikaitkan daripada pandangan sosial masyarakat. Kekaburan yang wujud pada Akta Orang Papa 1977 telah memberi kesan kepada keberkesanan penguatkuasan, pengurusan dan pemulihan gelandangan yang dapat dijalankan. Keadaan ini disebabkan oleh ketiadaan pentakrifan yang jelas terhadap konsep gelandangan menerusi akta ini. Maka dengan itu, ia telah memberi impak sosial penguatkuasaan akta, isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan pengehadan Akta Orang Papa 1977 dari sudut sosial masyarakat. Beberapa cadangan bagi menambah baik keadaan yang melibatkan gelandangan seperti pindaan definisi dan penggunaan bidang kuasa telah dibincangkan bagi memastikan golongan ini dilindungi dan produktif dalam kehidupan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Gelandangan, Akta Orang Papa 1977, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Orang-orang Papa |
| Subjects: | K Law > K Law (General) |
| Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 16 Apr 2023 02:34 |
| Last Modified: | 16 Apr 2023 02:34 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29385 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
