mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tuntutan Gantirugi Pembeli Dalam Projek Perumahan Terbengkalai Di Semenanjung Malaysia (II)

Md Dahlan, Nuarrual Hilal (2023) Tuntutan Gantirugi Pembeli Dalam Projek Perumahan Terbengkalai Di Semenanjung Malaysia (II). In: Proceedings in Seminar on Law and Society 2022 (SOLAS VI), Theme: "Sustainability in Society: Legal Response", 8 & 9 November 2022, Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

[thumbnail of 9789672606024_58_65.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (416kB)

Abstract

Adalah merupakan suatu undang-undang di Malaysia bahawa pemaju perumahan berlesen hendaklah mengguna-pakai kontrak jual-beli berkanun sepertimana yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1989 (‘perjanjian tersebut’). Perjanjian tersebut menyenaraikan tanggungjawab dan liabiliti penjual dan pembeli. Ia juga menetapkan remedi tertentu kepada pihak-pihak yang berkontrak. Menurut beberapa kes undang-undang, remedi bagi pihak-pihak yang terkilan terhad setakat remedi khusus dalam perjanjian tersebut. Oleh itu, pembeli yang terkilan tidak boleh menuntut jenis-jenis remedi lain selain daripada remedi yang telah dinyatakan secara khusus dalam perjanjian tersebut. Remedi-remedi lain itu adalah gantirugi teladan, gantirugi punitif, gantirugi teruk dan gantirugi yang bukan wang atas kerugian dan kekilanan yang dialami oleh pembeli dan juga telah menyebabkan kehidupan mereka menjadi huru-hara, porak-peranda dan mudarat. Walau bagaimanapun, terdapat kes undang-undang yang menetapkan prinsip undang-undang sebaliknya, iaitu pembeli yang terkilan boleh memohon gantirugi am dan gantirugi lain berdasarkan prinsip undang-undang kontrak (seperti pembatalan) dan ekuiti. Kertas ini membicarakan tentang prinsip undang-undang melibatkan remedi dan gantirugi atas kerugian dan kekilanan pembeli dalam projek perumahan terbengkalai. Metodologi penyelidikan yang digunakan dalam kertas kerja ini adalah metodologi penyelidikan undang-undang tulen. Kertas ini menyatakan bahawa para pembeli yang menjadi mangsa dalam projek perumahan terbengkalai berhak memperoleh remedi lain dalam undang-undang dan ekuiti bukan setakat hanya remedi atau gantirugi khusus yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut. Prinsip ini wujud berikutan hak dan kepentingan pembeli yang terkilan, dalam keadaan-keadaan tertentu, masih tetap dilindungi oleh undang-undang dan ekuiti. Pada bahagian akhir kertas ini, penulis menyatakan beberapa cadangan dalam mendepani isu-isu yang telah diketengah dan dikupas. Katakunci: Jual-beli rumah

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: EISBN: 978-967-26060-2-4
Uncontrolled Keywords: Jual-beli rumah, perjanjian jual-beli rumah berkanun, kerugian pembeli, gantirugi, remedi adil
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 17 Dec 2023 11:03
Last Modified: 17 Dec 2023 11:03
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30150

Actions (login required)

View Item View Item