Mohd Noor, Nor Azlina and Abd Aziz, Ahmad Shamsul (2022) Pemilikan Harta Berhak Cipta Si Mati: Analisis Undang-Undang Di Malaysia. In: Proceedings: Seminar on Law and Society 2022 (SOLAS VI), Theme: "Sustainability In Society: Legal Response", 8 & 9 November 2022, UUM Sintok, Kedah.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (385kB) |
Abstract
Hak cipta boleh didefinisikan sebagai hak seseorang pencipta seperti pengarang, penggubah lagu ke atas hasil ciptaannya yang dilindungi undang-undang. Pemilikan harta berhak cipta banyak dibincangkan semasa pemilik masih hidup walau bagaimanapun isu pemilikan selepas kematian pencipta jarang sekali dibincangkan. Oleh itu, artikel ini membincangkan kedudukan pemilikan hak cipta si mati menurut undang-undang di Malaysia. Bagaimanakah pemilikan harta cipta inf diuruskan selepas kematian pemilik? Artikel ini menggunakan kaedah kajian kualitatif undang-undang dalam bentuk kajian perpustakaan. Data diperoleh daripada analisis yang dibuat ke atas beberapa peruntukan undang-undang yang terdapat di Malaysia dan jurnal-jurnal yang berkaitan. Artikel ini merumuskan bahawa, peruntukan di bawah Akta Hak cipta 1987 perlu dibaca bersama dengan undang-undang berkaitan pentadbiran pusaka. Pemilikan hak cipta selepas kematian masih lagi tertakluk kepada prinsip di bawah Akta Wasiat 1959 dan Akta Pembahagian 1958 bagi orang bukan Islam dan batasan dalam enakmen wasiat dan undang-undang faraid bagi orang Islam. Wujud keperluan untuk memperhalus kerangka undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan beberapa kekangan undang-undang yang wujud bagi menjamin kesejahteraan ahli waris.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Additional Information: | e ISBN 978•967•26060•2-4 |
| Uncontrolled Keywords: | Hak Cipta, Si Mati, Pusaka, Undang-undang, SDG 16 |
| Subjects: | K Law > K Law (General) |
| Divisions: | School of Law |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 27 Feb 2024 15:15 |
| Last Modified: | 27 Feb 2024 15:15 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30475 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
