mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Integriti Pegawai Penguatkuasa Ke Arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh

Md. Zan, Zainal and Ayub, Zainal Amin and Abdul Wahab, Harlida and Mohamed Yusoff, Zuryati and Shariffuddin, Mohd Dino Khairri (2021) Integriti Pegawai Penguatkuasa Ke Arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh. In: SOIS Conference on Contemporary Global Studies 2021 (CCGS 2021), 12/08/2021 - 12/09/2021, Online School of International Studies (SOIS), Universiti Utara Malaysia (UUM).

[thumbnail of CCGS 2021 184-194.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (148kB) | Request a copy

Abstract

Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjadi panduan setiap negara di dunia bagi mencapai pembangunan yang seimbang dalam sektor ekonomi, sosial dan alam sekitar. Terdapat 17 matlamat utama yang menjadi sasaran pencapaian merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat hari ini. Matlamat 16: Menggalakkan masyarakat yang aman dan menyeluruh untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan menyeluruh pada semua peringkat merupakan salah satu matlamat penting agar kesan matlamat-matlamat lain dalam agenda ini dapat dinikmati secara saksama dan menjamin kehidupan masyarakat yang sejahtera. Di Malaysia, kerajaan sentiasa berusaha agar keamananan, keadilan dan pengukuhan institusi yang berterusan. Ini termasuklah dalam menjamin keberkesanan institusi penguatkuasaan agar setiap barisan hadapan dapat memberikan khidmat masyarakat yang terbaik. Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan sejak tahun 2004 merupakan salah satu usaha bagi membudayakan integriti masyarakat Malaysia dan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Tekad kerajaan diteruskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang menekankan aspek integriti dan anti rasuah sebagai salah satu petunjuk dalam indeks pembangunan sosial negara. Kertas kerja ini akan membincangkan dapatan kajian terhadap integriti pegawai penguatkuasa ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9789672660903 / 9789672660910
Uncontrolled Keywords: Pembangunan Mampan, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Keamananan, Keadilan dan Institusi yang kukuh
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 24 Jul 2024 03:53
Last Modified: 24 Jul 2024 03:53
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31136

Actions (login required)

View Item View Item