Azrae, Ahmad Nasyran and Ayub, Zainal Amin (2007) Undang-undang Anti-Monopli Dalam Menangani Cabaran Globalisasi. In: Prosiding Persidangan Undang-undang 2007, 18-20 April 2007, EDC-UUM.
|
PDF (Abstract only)
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Globalisasi merupakan suatu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat; dimana komputer dianggap sebagai medium komunikasi yang utama. Antara cabaran globalisasi ialah wujudnya sistem ekonomi dan pasaran yang terbuka. Keadaan ini telah mendorong para perniaga dan pedagang untuk memanipulasi situasi semasa bagi mencari keuntungan; lebih-lebih lagi di dalam sistem ekonomi yang berlandaskan kepada sistem kapitalis dimana konsep kepercayaan, keimanan, norma-norma akhlak dan budi pekerti sering diketepikan. Kesannya, dunia kini dikuasai oleh amalan monopoli yang berleluasa dikalangan ahli-ahli perniagaan. Amalan monopoli boleh didefinisikan sebagai penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dan sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma. Maka, undang-undang anti-monopoli dilihat sebagai sesuatu yang perlu bagi menangani fenomena ini. Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan keperluan undang-undang untuk mengawalselia monopoli di Malaysia
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Additional Information: | ISBN: 9789833827237 |
| Uncontrolled Keywords: | Monopoli, globalisasi, perdagangan bebas, persaingan |
| Subjects: | K Law > K Law (General) |
| Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 24 Jul 2024 04:02 |
| Last Modified: | 24 Jul 2024 04:02 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31141 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
