mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keganasan Rumah Tangga Menurut Perspektif Undang-Undang Jenayah

A. Rahman, Aspalella (2021) Keganasan Rumah Tangga Menurut Perspektif Undang-Undang Jenayah. In: Seminar on Law and Society 2021 (Solas V): Incipient Legal Issues in Society 5.0, 5-6 October 2021, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of SOLAS 2021 35-41.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (118kB) | Request a copy
Official URL: http://sol.uum.edu.my/

Abstract

Keganasan rumah tangga (KRT) boleh ditakrifkan sebagai perbuatan yang menyebabkan kecederaan atau bencana kepada mangsa yang dilakukan oleh seseorang yang biasanya dikenali dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa. KRT merupakan salah satu masalah sosial yang serius di negara ini. Statistik daripada Polis Diraja Malaysia menunjukkan kes-kes KRT semakin membimbangkan kerana ia bukan sekadar mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental kepada mangsa tetapi juga boleh mengakibatkan kematian. Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (AKRT) dan Kanun Keseksaan (KK) merupakan dua akta utama yang dikuatkuasakan bagi menangani masalah KRT di negara ini. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisa kesalahan-kesalahan jenayah di bawah KK yang boleh dikenakan kepada pesalah KRT. Selain daripada mengkaji peruntukan yang berkaitan di bawah KK, kertas kerja ini turut menganalisa kes-kes mahkamah dan statistik yang berkaitan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan KK menyediakan pelbagai jenis kesalahan jenayah yang boleh dikenakan ke atas pesalah KRT. Gabungan AKRT dan KK boleh dianggap sebagai regim yang komprehensif untuk melindungi mangsa KRT dan menghukum pelakunya. Bagaimanapun, undang-undang yang ketat semata-mata tetap tidak dapat menghapuskan jenayah KRT secara total. Peranan masyarakat dan mangsa KRT sendiri amat diperlukan untuk menangani masalah KRT dengan lebih efektif. Persepsi masyarakat bahawa KRT hanyalah sekadar masalah rumah tangga perlu diubah. Paling penting, mangsa KRT perlu membuang rasa malu dan lebih berani untuk tampil ke hadapan agar pesalah dapat dihukum dengan sewajarnya dan mereka sendiri dapat keluar dari belenggu KRT dan menikmati kehidupan dengan lebih bahagia

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9789672606000
Uncontrolled Keywords: Undang-undang jenayah, keganasan rumah tangga, perlindungan
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 29 Jul 2024 09:03
Last Modified: 29 Jul 2024 09:03
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31157

Actions (login required)

View Item View Item