A. Rahman, Aspalella (2020) Perkembangan Terkini Undang-Undang Keganasan Rumahtangga Di Malaysia. In: International Seminar on Regional Politics, Administration and Development 2020, 13-14 October 2020, UUM, Malaysia.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (240kB) | Request a copy |
Abstract
Keganasan rumah tangga merupakan di antara jenayah domestik tertinggi di seluruh dunia termasuk lah di Malaysia. Peningkatan jumlah kes saban tahun amat membimbangkan meskipun pelbagai langkah dan mekanisme pencegahan telah dilaksanakan. Akta Keganasan Rumahtangga (AKRT) mula diperkenalkan pada tahun 1994 dan telah dipinda pada tahun 2012 dan terkini pada tahun 2017. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan terkini AKRT di Malaysia. Dengan menggunakan pendekatan secara deskriptif dan kajian perpustakaan, peruntukan AKRT 2017 telah dianalisa secara kritikal. Dapatan kajian menunjukkan AKRT telah diperkemaskini dengan baik untuk mengatasi kelemahan undang-undang sebelum ini. Di bawah AKRT 2017, selain penderaan fizikal, skop dan definisi KRT telah diperluaskan dengan merangkumi penderaan emosi, psikologi dan kewangan mangsa. Di samping itu, Perintah Perlindungan Kecemasan telah diperkenalkan. Perintah ini dapat melindungi mangsa dengan lebih berkesan kerana ia boleh diberikan tanpa perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah yang biasanya akan memakan masa. Pindaan terbaharu ini lebih proaktif kerana ia telah mengambil kira pelbagai masalah yang dihadapi oleh mangsa KRT selama ini. Walau bagaimanapun, undang-undang yang ketat dan komprehensif tetap tidak dapat menghapuskan jenayah KRT secara total. Dalam hal ini, masyarakat secara amnya dan mangsa KRT secara khasnya perlu berani dan tidak malu untuk tampil ke hadapan dan mengheret penjenayah ke muka pengadilan
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Keganasan rumahtangga, Akta Keganasan Rumahtangga 2017, Perintah Perlindungan, Mahkamah, Malaysia |
| Subjects: | K Law > K Law (General) |
| Divisions: | School of Law |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 29 Jul 2024 09:06 |
| Last Modified: | 29 Jul 2024 09:06 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31158 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
