mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisa Perundangan Terhadap Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara di Malaysia

Mohamed, Khadijah and Abd Aziz, Ahmad Shamsul and Mohd Noor, Nor Azlina (2020) Analisa Perundangan Terhadap Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 5 (19). pp. 10-20. ISSN 0128-1763

[thumbnail of IJLGC 05 19 2020 10-20.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Download (232kB) | Preview

Abstract

Akta Warisan Kebangsaan 2005 adalah satu-satunya Akta yang digubal di Malaysia setakat ini untuk melindungi warisan kebangsaan termasuklah warisan kebudayaan tidak ketara. Warisan kebudayaan tidak ketara adalah suatu bidang warisan yang menjadi keutamaan, merangkumi sesuatu warisan yang ‘bukan benda’ untuk dinikmati oleh pancaindera manusia. Namun, Akta tersebut memberikan definisi yang agak terhad kepada warisan kebudayaan tidak ketara kerana wujudnya kekaburan dalam terminologi-terminologi tertentu dari aspek definisi dan skop dalam warisan kebudayaan tidak ketara ini. Justeru, dengan menggunakan peruntukan Konvensyen UNESCO 2003 sebagai asas perbincangan, artikel ini menganalisa peruntukan undang-undang yang melindungi warisan kebudayaan tidak ketara di Malaysia dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai Negara Anggota kepada Konvensyen tersebut. Artikel ini mendapati bahawa penambahbaikan terhadap definisi warisan kebudayaan tidak ketara perlu dibuat dengan meluaskan skop peruntukan untuk mencakupi elemen warisan kebudayaan tidak ketara yang relevan seperti makanan dan warisan seni halus

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Akta Warisan Kebangsaan 2005, Konvensyen UNESCO 2003, Perlindungan Undang-Undang, Undang-Undang Harta Intelek, Warisan Kebudayaan Tidak Ketara
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 31 Jul 2024 10:48
Last Modified: 31 Jul 2024 10:48
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31169

Actions (login required)

View Item View Item