Abd Aziz, Ahmad Shamsul and Mohd Noor, Nor Azlina and Mohamed, Khadijah (2018) Undang-Undang Harta Intelek dalam Pembangunan Teknologi dan Revolusi Industri 4.0. International Journal of Law, Government and Communication, 3 (13). pp. 195-204. ISSN 0128-1763
Preview |
PDF
- Published Version
Download (143kB) | Preview |
Abstract
Revolusi Industri 4.0 berkait rapat dengan pembangunan teknologi yang berasaskan digital, Internet atau siber. Pembangunan pesat teknologi sedia ada telah melangkaui Revolusi Industri 4.0 yang dahulunya hanya dianggap sebagai suatu sains fiksyen, berkemungkinan akan menjadi tidak relevan dalam beberapa tahun akan datang jika kita tidak bersedia dengan sewajarnya. Artikel ini akan mengkaji isu harta intelek dalam pembangunan teknologi di era Revolusi Industri 4.0 dari segi perundangan. Artikel ini merumuskan undang-undang harta intelek adalah satu elemen penting dalam menyokong perkembangan teknologi khususnya dalam tiga aspek utama iaitu perkomputeran awan, kecerdasan buatan dan rantaian blok yang menjadi fokus kepada inovasi moden dan keselamatan di ruang siber pada masa hadapan. Undang-undang harta intelek sedia ada perlu dipinda bagi memastikan perlindungan berterusan kepada hasil karya dan produk harta intelek yang terlibat dalam Revolusi Industri 4.0. dapat diperkemaskan lagi. Artikel ini mencadangkan perlunya suatu penambahbaikan dibuat kepada undang-undang harta intelek dalam menghadapi cabaran dunia digital khususnya di era Revolusi Industri 4.0. Ini adalah kerana wujud kelompongan dalam undang-undang harta intelek sedia ada dalam menyediakan perlindungan kepada instrumen-instrumen yang terlibat dalam Revolusi Industri 4.0. Pembangunan teknologi perlu selaras dengan peruntukan undang-undang bagi menjamin perlindungan sewajarnya
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Revolusi Industri 4.0, Undang-undang harta intelek, Teknologi, Malaysia URL |
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Divisions: | School of Law |
Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
Date Deposited: | 31 Jul 2024 10:56 |
Last Modified: | 31 Jul 2024 10:56 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31174 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |