Yusof, Yuhanif and Syed Zakaria, Syed Zulkifli and Md. Nor, Mohd Zakhiri and Md. Nor, Rohizan and Mohd Khalid, Al Hanisham and Asari, Khairun Nisaa Satu Tinjauan Kesediaan Golongan Muda untuk Menyertai Kajian Klinikal: sebab-sebab Mempengaruhi dan Menghalang Penyertaan Sebagai Subjek Kajian. International Journal of Modern Trends in Social Sciences, 4 (18). pp. 9-16. ISSN 2600-8777
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (274kB) | Preview |
Abstract
Kajian klinikal adalah satu ‘siasatan’ untuk mencari vaksin atau penawar kepada pelbagai jenis penyakit seperti HIV/AIDS, H1N1, leukemia, kanser dan terkini adalah Covid-19. Pendek kata, jawapan bagi setiap masalah atau persoalan perubatan serta penjagaan kesihatan manusia hanya dapat diketahui melalui kajian klinikal. Namun begitu, kajian klinikal tidak dapat dijalankan tanpa penyertaan terutamanya dari kalangan golongan muda atau belia sebagai subjek kerana berpotensi untuk kajian pencegahan penyakit dan rawatan pada masa depan. Bagaimanapun dapatan kajian mendapati pengrekrutan subjek dari golongan ini bukanlah mudah. Dapatan satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang berumur antara 18 hingga 24 tahun paling tidak bersedia untuk menyertai dalam kajian klinikal. Dalam kajian seterusnya, dapatan menunjukkan kadar penyertaan mereka yang berumur 15 hingga 39 tahun dalam kajian klinikal barah adalah yang paling rendah dari mana-mana kumpulan umur di peringkat global. Oleh itu, tujuan artikel ini adalah untuk melihat kesediaan golongan muda khususnya pelajar untuk menyertai dalam kajian klinikal dengan memfokuskan kepada sebab-sebab yang mempengaruhi dan menghalang penyertaan sebagai subjek kajian. Artikel berbentuk konseptual ini ialah kajian kualitatif yang menggunakan metod kajian perpustakaan
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kesediaan, golongan muda, menyertai, kajian klinikal, sebab-sebab mempengaruhi dan menghalang penyertaan |
| Subjects: | K Law > K Law (General) |
| Divisions: | School of Law |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 04 Aug 2024 04:26 |
| Last Modified: | 04 Aug 2024 04:26 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31188 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions