mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Bidangkuasa Mahkamah Syariah Berkaitan Permohonan Keluar Islam: Kajian Undang-undang di Beberapa Negeri di Malaysia

Abdul Rahman, Rohana and Romli, Fariza and Halim, Rohizan and Ahmad, Rusniah (2018) Bidangkuasa Mahkamah Syariah Berkaitan Permohonan Keluar Islam: Kajian Undang-undang di Beberapa Negeri di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 3 (13). pp. 254-262. ISSN 0128-1763

[thumbnail of IJLGC 03 13 2018 254-262.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (134kB) | Preview
Official URL: https://ijlgc.com/

Abstract

Penggubalan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia tertakluk kepada badan perundangan negeri masing-masing yang menghasilkan peruntukan perundangan yang tidak selaras. Terdapat negeri yang memperuntukkan mengenai prosedur keluar Islam serta bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam mengisytiharkan status agama individu, manakala ada negeri yang memperuntukkan keluar Islam sebagai satu kesalahan jenayah menghina agama. Objektif kertas kerja ini ialah mengkaji peruntukan Enakmen Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berkenaan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam isu permohonan keluar Islam. Kaedah penyelidikan secara pendekatan perbandingan dibuat ke atas isi kandungan Enakmen Syariah sedia ada di ketiga-tiga negeri tersebut. Kertas kerja ini mendapati peruntukan undang-undang yang lebih jelas di Negeri Sembilan berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah berhubung isu keluar Islam berbanding peruntukan yang terdapat di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang. Negeri Sembilan menggariskan prosedur permohonan keluar Islam. Adalah ditegaskan juga bahawa Mahkamah Syariah hanya terpakai kepada orang Islam sahaja dan tidak terpakai ke atas orang bukan Islam

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Enakmen Syariah, Keluar Islam, Mahkamah Syariah
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 04 Aug 2024 04:41
Last Modified: 04 Aug 2024 04:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31197

Actions (login required)

View Item View Item