Naiimi, Nasri and Mohd Noor, Mohd Murshidi (2016) Peranan Institusi-institusi Islam Dalam Merealisasikan Keperluan Rahnu dan Qard Sebagai Pemacu Ekonomi Kebajikan Ummah Pada Masa Kini: Satu Pandangan Menurut Falsafah Ekonomi Islam. IPN Journal of Research and Practice In Public Sector Accounting And Management, 6 (1). pp. 57-72. ISSN 2180-4508
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (636kB) | Preview |
Abstract
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan serta menganalisa secara analisa kandungan mengenai konsep rahn dan qard yang bertunjangkan al-Quran dan hadis. Secara tidak langsung, ia merupakan intipati utama yang membentuk falsafah ekonomi Islam. Walaupun isu ini melibatkan persoalan hukum fiqah secara tidak langsung, namun perbincangan adalah lebih tertumpu kepada merealisasikan falsafah tersebut menurut kehendak wahyu. Ulasan dan perbincangan berdasarkan alQuran dan Hadis diteliti bagi maksud tersebut. Hasil kajian menurut kehendak sebenar wahyu mendapati rahn dan qard adalah bermatlamatkan kebajikan, bukannya bermatlamatkan pemaksimuman keuntungan demi untuk memacu ekonomi kebajikan masyarakat Islam. Kebajikan dalam Islam pula bererti pelaburan akhirat. Ini telah dijelaskan melalui pembahagian tiga sektor utama dalam sistem ekonomi Islam yang di dalamnya meliputi beberapa dasar-dasar muamalat Islam secara khusus. Dana bagi tujuan program ini adalah dicadangkan daripada sebahagian lebihan dana yang bukan bertujuan untuk perniagaan di mana pemodalnya mensasarkan pulangan tertentu daripada pelaburan tersebut. Salah satunya adalah daripada lebihan-lebihan yang terdapat di baitulmal-baitulmal tempatan
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Falsafah Ekonomi Islam, Dana Kebajikan Islam, Rahn, Qard, Institusi Pembiayaan Awam Islam, Baitulmal |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 11 Oct 2024 19:38 |
| Last Modified: | 11 Oct 2024 19:38 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31387 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions