Abdul Manaf, Abdul Rahman and Hamzah, Mohammad Rezal and Affandy, Habee Bullah (2024) Kesahan dan Kebolehpercayaan Komponen Kesejahteraan Digital Belia di Malaysia: Kajian Rintis. Journal of Creative Industry & Sustainable Culture (JCISC), 3. pp. 151-168. ISSN 2976-2480
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (844kB) | Preview |
Abstract
Perkembangan teknologi dan pecutan proses transformasi digital telah mempercepat adaptasi digital menerusi pembudayaannya dalam kehidupan. Namun, situasi ini berpotensi memberikan manfaat dan juga kemudaratan sehingga menjejaskan kesejahteraan digital pengguna terutamanya dalam kalangan belia. Kertas kerja ini menjelaskan pendekatan kajian rintis bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan bagi konstruk kesejahteraan digital. Proses ini diperlukan bagi sesuatu kajian sebelum instrumen tersebut digunakan dalam kajian yang lebih intensif. Pendekatan kesahan kandungan oleh pakar bidang dan ujian rintis digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soalan-soalan kaji selidik. Proses pengumpulan data menggunakan persampelan rawak mudah menerusi pengedaran borang soal selidik dalam talian melibatkan 148 responden dalam kalangan pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Nilai Alpha Cronbach (α) bagi keseluruhan konstruk antara α=0.881 hingga α=0.941 menunjukkan konstruk mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Selain itu, ulasan keseluruhan prosedur ujian rintis dan metodologi yang digunakan memberikan sumbangan kepada badan pengetahuan ‘body of knowledge’. Tambahan lagi, pengkaji mencadangkan rangka kerja kesejahteraan digital sembilan dimensi menerusi penggabungan rangka kerja kesejahteraan digital lebih signifikan berbanding kesejahteraan digital subjektif (sosial, psikologi, emosi) kerana memberikan prespektif yang lebih holistik. Justeru, soal selidik ini yang diuji dalam konteks kajian kesejahteraan digital di Malaysia boleh digunakan untuk kajian lanjutan dalam skala yang lebih besar
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kajian Rintis, Kesejahteraan Digital, Belia, Kesahan, Kebolehpercayaan |
| Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
| Divisions: | School of Multimedia Technology & Communication |
| Depositing User: | Mdm. Rozana Zakaria |
| Date Deposited: | 09 Mar 2025 02:56 |
| Last Modified: | 09 Mar 2025 02:56 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32116 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
