mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Akidah dan Keutamaannya dalam Pembangunan Personaliti Usahawan Islam

Abdul Hamid, Solahuddin (2019) Akidah dan Keutamaannya dalam Pembangunan Personaliti Usahawan Islam. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah (JSASS), 1 (1). pp. 332-339. ISSN 2289-8042

[thumbnail of JSASS 01 01 2019 332 -339.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Download (353kB) | Preview

Abstract

Manusia adalah makhluk dualistik yang memikul tanggungjawab besar sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T untuk mengimbangi kehidupan mereka supaya tidak terjerumus ke dalam asetisisme mutlak atau materialisme sepenuhnya. Dalam memenuhi dualistik peranan tersebut, kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada faktor pendorong bagi mewujudkan kesempurnaan pencapaiannya. Tanpa kekuatan ekonomi juga, umat Islam akan pincang dan terpinggir daripada arus pembangunan semasa. Justeru, terdapat pelbagai galakan yang kuat supaya mereka mengeksploitasi pelbagai sumber sebagai mekanisma membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan serta kekayaan. Dalam hal ini, kewujudan personaliti usahawan dengan peranannya yang bersifat holistik adalah sangat dominan serta signifikan bagi mencetuskan transformasi sosial seseorang individu, masyarakat dan negara. Namun, apabila pembangunan usahawan dalam sistem ekonomi yang membawa kepada lahirnya golongan manusia yang derhaka kepada Allah S.W.T, maka status mereka sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T akan bertukar menjadi hamba kepada pembangunan. Artikel ini memfokuskan perbincangan kepada keperluan akidah sebagai asas dalam membangunkan personaliti usahawan Islam yang berkompetensi. Elemen spiritual ini diyakini berkeupayaan untuk bertindak sebagai faktor pemangkin kepada pembangunan aktiviti keusahawanan yang sentiasa berdepan dengan risiko serta asas kepada ketahanan sosio-ekonomi masyarakat sejagat

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Akidah, pembangunan personaliti, usahawan Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 28 May 2025 11:33
Last Modified: 28 May 2025 11:33
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32280

Actions (login required)

View Item View Item