mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Strategi Mengukuhkan Jaringan Universiti-Industri: Satu Kajian Awal

Abdullah, Syahrina and Mohd Diah, Muhammad Fadhli and Rofie, Mohamad Khadafi (2024) Strategi Mengukuhkan Jaringan Universiti-Industri: Satu Kajian Awal. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 9 (63). pp. 373-379. ISSN 0128-1755

[thumbnail of JISED 09 63 2024 373-379.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License ["licenses_description_cc4_by_sa" not defined].

Download (163kB) | Preview

Abstract

Jaringan merupakan aspek penting dalam menjamin kelestarian sesuatu hubungan jangka panjang antara beberapa pihak. Jaringan Universiti-Industri merupakan satu konsep hubungan dua hala yang inovatif dan unik dalam memastikan keupayaan sesebuah institusi dapat dipertingkatkan. Kini, konsep jaringan bagi sebuah institusi pengajian tinggi harus diperluaskan dengan mengadakan hubungan kerjasama dua hala antara akademik dan industri. Kertas kerja ini akan membincangkan konsep jaringan serta strategi mengukuhkan jaringan antara pihak akademia dan industri dalam meningkatkan peluang kerjasama antara kedua pihak. Universiti Utara Malaysia (UUM) sangat komited dalam membangun dan mengukuhkan hubungan dua hala dengan pihak industri. Ini adalah kerana pihak industri adalah sebuah entiti yang berupaya memberikan input secara praktikaliti dalam mengukuhkan aspek pengajaran dan pembelajaran kepada mahasiswa melalui tenaga akademik ketika di univerisiti. Maka, impak yang boleh dilihat melalui jaringan ini ialah pihak industri juga dapat membantu pihak universiti untuk meningkatkan kemahiran mahasiswa agar lebih bersedia ketika memasuki alam pekerjaan sebenar, kepentingan program reka bentuk dan pembuatan, kualiti graduan yang dikehendaki oleh industri serta kesediaan universiti mengaplikasi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) mengikut keperluan industri. Justeru, hubungan dua hala antara universiti dan industri berupaya meningkatkan kualiti mahasiswa dan graduan di sesebuah institusi pengajian tinggi

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: jaringan, akademik, industri, institusi pengajian tinggi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 01 Jul 2025 10:07
Last Modified: 01 Jul 2025 10:07
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32334

Actions (login required)

View Item View Item