Rofie, Mohamad Khadafi and Ahmad Mustaffa, Nurakmal and Ismail, Nurhanani and Zulkifli, Malina (2024) Pembangunan Instrumen Taqwa bagi Etika Kerja Islam dari Perspektif Al-Quran. International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 9 (53). pp. 10-16. ISSN 0128-1844
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License ["licenses_description_cc4_by_sa" not defined]. Download (195kB) | Preview |
Abstract
Etika kerja yang baik menjadi pemangkin kepada kejayaan sesebuah organisasi. Etika kerja berupaya membentuk staf yang efisyen, efektif, cemerlang dan berintegriti tinggi. Kertas kerja ini membincangkan etika kerja Islam berlandaskan al-Quran. Objektif kertas kerja ini ialah untuk menghasilkan instrumen bagi dimensi Taqwa dalam prinsip etika kerja Islam. Bagi menjawab objektif kajian, penyelidik telah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk membangunkan instrumen dimensi Taqwa ini. Terdapat tiga fasa yang terlibat dalam pembangunan instrumen dimensi Taqwa antaranya ialah pembinaan dan pengesahan kerangka konsep kajian seterusnya, pembinaan instrumen dimensi Taqwa dapat dihasilkan. Terdapat sepuluh (10) item instrumen bagi dimensi Taqwa dalam prinsip etika kerja Islam di mana instrumen ini berupaya untuk diguna pakai oleh pengurus dan ketua dalam sesebuah organisasi. Justeru, instrumen bagi dimensi taqwa ini sangat bermanfaat untuk diaplikasikan kepada seluruh staf dalam sesebuah organisasi awam mahupun swasta
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Etika kerja Islam, pembangunan instrumen dan dimensi taqwa |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics |
| Divisions: | School of Language, Civilisation and Philosophy |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 01 Jul 2025 10:13 |
| Last Modified: | 01 Jul 2025 10:13 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32335 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
