mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Model Kajian Prestasi Tadbir Urus Koperasi Di Malaysia

Mohamad Shabri, Shafawaty and Saad, Ram Al Jaffri and Abu Bakar, Azizi (2017) Model Kajian Prestasi Tadbir Urus Koperasi Di Malaysia. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1 (3). pp. 131-144. ISSN 2462-1714

[thumbnail of GBSE 01 03 2017 131-144.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (412kB) | Preview
Official URL: http://gbse.my/

Abstract

Prestasi koperasi yang baik khususnya dari segi tadbir urus adalah amat penting bagi menggalakkan orang awam untuk terlibat dalam sektor koperasi. Bagaimanapun, prestasi tadbir urus koperasi terutamanya di Malaysia masih pada tahap tidak memuaskan. Ini berikutan dengan fenomena salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam kalangan pihak pengurusan dan anggota lembaga koperasi yang sering diperdebatkan oleh banyak pihak seperti masyarakat awam, ahli akademik dan agensi-agensi kerajaan. Walaupun pelbagai faktor yang mempengaruhi tadbir urus dicadangkan dalam literatur, namun, model kajian yang menumpukan kepada isu ini adalah sangat terhad. Justeru, kertas ini adalah bertujuan untuk mencadangkan model kajian bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi tadbir urus koperasi di Malaysia. Kaedah sorotan literatur yang meluas telah dilakukan bagi mengenalpasti dan menganalisis literatur yang relevan dalam mencadangkan model kajian. Kertas ini mengenalpasti lima faktor daripada literatur dan satu faktor baru ditambah dengan justifikasi tertentu. Lima faktor tersebut adalah kepimpinan pengurusan, budaya organisasi, pengurusan sumber, fokus pekerja dan fokus pemegang kepentingan. Keberkesanan jawatankuasa audit dalaman adalah faktor baru yang ditambah dalam model kajian. Kajian secara empirikal akan dijalankan pada masa hadapan bagi menyediakan bukti dan mengesahkan model kajian yang dicadangkan. Implikasi teoritikal dan praktikal kertas ini serta cadangan kajian pada masa hadapan turut dibincangkan

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Faktor-faktor; prestasi tadbir urus; koperasi; Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: College of Business
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 13 Jan 2026 12:25
Last Modified: 13 Jan 2026 12:25
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32664

Actions (login required)

View Item View Item